Assalamualaikum.. Kita sambung sikit lagi ye.. tak nak cerita panjang panjang dalam satu post. Nanti you all jadi pening baca. Hahhahahah.. Macam Lisa cakap ek, apabila you bawak budak budak berjalan, you kena fikir daya tahan budak tak sama dengan dewasa. They need rest in a proper place. Anak seorang tak kisah sebab, kalau you tak larat, you boleh pass kat husband. Kalau anak 2, kena lah bertolak ansur. Sambungan dari Sentosa Island. Kami naik monorail yang sama pergi ke Vivo City. Kononnya nak jalan jalan kat Vivo City. Tapi kami tak solat Zohor lagi, pada masa yang sama nak masuk Asar and lagi haru tak sempat nak jamak. Jadinya kami terus ambik bas pulang balik ke hotel. Anak anak pun bole rest di hotel. Lepas anak-anak rest and tidur, siap solat dan mandi. Kami pun sambung berjalan di sekitar Geylang. Abang ipar ada bagitahu Crocs sale kat 1KM Shopping Mall (tak jauh daripada hotel). Jadi kami pun ke sana. Nasib tak menyebelahi kami, kedai masih tutup kerana CNY. Dinn...
Still enjoying my life- a wife to A.K a mom to A.S a daughter to M+N