Skip to main content

Posts

Ujian mendidik dan mengajar

Assalamualaikum.. Lisa dah start keja ofiz hour balik. Kembali ke bidang property. Terima kasih Sunway sebab bagi peluang. Peluang macam Sunrise bagi dahulu. I pledge I will serve the community and company with my heart because of Allah Taala. Nak dijadikan cerita, Lisa start to handle site on my own without my friend (who refer me to the company) Start 1st of August 2016. A lot of things happened! Masa 2 minggu masa my friend still with me on site, there was nothing extra ordinary happened. No need lah Lisa nak cerita apa bendanya. So, apabila Lisa do my daily reading 'Perjalananku Bersama AlQuran' ada satu ayat nie sangat menyentap hati dan penuh dengan kesedaran untuk Lisa. 'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata 'Kami beriman', sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yan terdahulu daripada mereka. Maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Al...

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T...

Aareez Ceria Bersama Mamypoko

Assalamualaikum, Sangat lama saya tak bersiaran di sini, saya sibuk sangat dengan bisnes saya. Rezeki tak pernah salah alamat. Saya diberi peluang mereview produk Mamypoko bersempena 'LAZADA BIG BABY FAIR'! Mamypoko Air Fit Lisa memang suka pakai Mamypoko, sangat berbaloi! Ini BARU daripada JEPUN! Pelekat dia tak keras dan sangat lembut, mengikuy bentuk pinggang baby. Bahagian pinggang tu strechable, Aareez pakai pun selesa je dan tak berbekas kat perut dia. Kalau di Jepun, inilah pilihan No.1 ibu ibu di sana, mungkin lepas nie pilihan Lisa pulak.=) Yang menariknya pulak, baby diapers ni ada design yang menarik. Comelkan? Ada gambar-gambar Winnie the Pooh. Hey there! I am wearing Mamypoko Air Fit Eh eh, nak terjatuh la mak! Nak ambik nak amik Saya berada di awang awangan! Ceriakan Aareez dengan lampin baru dia? Mak pun happy apabila si kecil happy. Part paling best apabila Aareez berak, memang terus absorb, kotoran tak mel...

Redha Allah

Assalamualaikum. Setelah sekian lama tidak menulis kerana kekangan masa. Malam ini saya ingin berkongsi suatu kesedaran telah timbul di dalam hati. Kita sering disuruh melakukan sesuatu perkara kerana Allah Taala. Tetapi kita mungkin kurang mendalami dan faham mengapa kerana Allah? Saya telah membaca satu buku daripada Dr Shafiee yang mengajar kita agar niat dalam hati 'saya melakukan sesuatu kerana mencari redha Allah' Apakah yang dimaksudkan niat tersebut? Semestinya anda tidak akan berniat sebegitu kerana tidak faham apa yang anda cari dalam redha Allah. Terdetik di dalam hati, pada suatu ketika apabila menonton Hlive Inspirasi  - Dr Muhaya. Dia menyebut berkenaan redha Allah swt. Daripada situ saya dapat kaitkan niat ini. Apa itu redha Allah? Bagi saya redha Allah adalah perkara yang Allah suka dan akan membawa kita ke syurga kelak. Situasinya begini.. Kita hari-hari bekerja dan mencari rezeki. Akhirnya apakah tujuannya? Jarang sekali kita kata kerana Dia. Ji...

Jejak Makan Perak - #trailstoIpoh

Bismillahirahmanirahim. Pengantin yang diraikan di Kpg Chenderiang.  Cuti panjang daripada 30/4/16 hingga 2/5/16, semestinya ramai yang akan mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan dan ada juga pergi bercuti. Saya dan keluarga mendapat jemputan kawen di Kpg Chenderiang, Perak pada 1/5/16. Pelan asal lepas kenduri nak naik Penang, tapi last minit tak nak pegi sebab beberapa teman tak jadi pegi. Jadi, perancangan ditukar kami plan nak ke Sungkai, Perak lepas majlis kerana nak rendamkan Sofea dgn air panas sebab kulitnya makin kronik (eczema). Kenapa tak ke Tambun? sebab bajet beb! bajet! hahaha.. InsyaAllah dapat free entrance kami pegi ya! Tapi, sebenarnya tak jadi jugak ke Sungkai.. sebabnya cuaca ke main panas u. Akak tak tahan.. ais kepal di Ipoh memanggil2. huhu.. Lisa: Dear, ke Ipoh lah dulu, nanti balik singgah Sungkai..Panas ni.. ais kepal terbayang2. Suami: boleh jugah, Ipoh dari sini setengah jam lagi..Nah pi waze. Huahuahua..jadi saya pun waze den...

Ajaibnya bersedekah: Ditemui dengan lelaki gentleman

Bismilahirahmanirahim.. Ini cerita lama. Cerita masa masih pregnant haritu (anak dah 2bulan dah). Nak dijadikan cerita, kuasa Allah itu besar, rezeki itu bukan hanya tentang duit. Memang sedekah boleh menunaikan hajat, menolak bala, dan macam2 lagi perkara baik akan datang tapi kita kena yakin dan ikhlas. Saya mengamalkan sedekah subuh setiap hari, dan dijadikan cerita.. Hari itu, tolong suami pos barang kt pos laju besar shah alam. Parking penuh, jadi saya park kat DEMC..berdekatan lah.. memang la agak jauh..tapi bisik dalam hati.. senaman senaman. Kalau dah ramai tu, tempat pos barang pun ramai lah. Sebab tersilap pilih kaunter, Q saya tak gerak-gerak. Dalam hati duk cakap, kenapa lah takde kaunter khas untuk mak buyung. huhuhu..ponat den berdiri. Tapi dalam hati pujuk lagi, patutnya tunggu je la kat pos office yang amik nombor, atlist dpt duduk. salah diri sendiri kan..  Q tak bergerak rupanya, sebab staff kena arrange something kat belakang. Bila staff da...

#misibebashutang #2016

Bismillahirahmanirahim Blog lepas ---> azam dan visi 2016  saya share berkenaan azam saya pada 2016 dan visi saya. Tapi saya nak share macam mana saya nak capai azam dan misi utama saya. BEBASKAN DIRI DARIPADA HUTANG Ini azam utama saya. Azam besar saya. Jadi perkara utama saya kena buat adalah, senaraikan hutang dan jumlah hutang dan berapa awk bayar sebulan Senarai hutang. 1. kredit kad 1 RM1.5k - RM150 sebulan 2. kredit kad 2 RM6k - RM 250 sebulan 3. kredit kad 3 RM 8k - RM500 sebulan 4. Personal loan RM20k - RM205 sebulan 5. Loan rumah RM280k - RM 2k sebulan 6. Lain-lain Apabila awak tengok, mesti awak akan kata mustahil kan nak capai semua ni. Jadi, awak perlu realistik. Pecahkan azam yang bsr ini jadi kecik2. Maksudnya settle satu-satu. Bukan bermaksud yang lain tak bayar. tapi target yang mana awak nak settlekan and tahun ni habiskan dulu.  Dalam strategi saya, saya guna teknik yang di ajar oleh Robert Kiyosaki. 1. Total hutan...