Skip to main content

Posts

Potty Train si Tecik AS

Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum, Tahun ini, AS masuk 4 tahun. Bulan ni dia belom genap lagi 3 tahun. Lisa memang takde niat nak train AS untuk kencing sendiri. Tetapi sepanjang dengan AS dia selalu tak nak pakai pampers. Bila kita saja saja train dia, asyik bocor dan kencing merata. Of course yang penatnya kita =( Jadi potty train bukan lah perkara yang saya suka nak buat malahan malas nak train dia, Tapi Lisa ada sasaran, stop buying pampers for AS sebab dia asyik gatal gatal jer pakai pampers. AS journey to potty train. Lisa start buat research. Hahaha..Baca mana mana blog. Tanya kawan-kawan (masa ni silap tanya orang yang belom potty train anak nya lagi). Kebanyakan Lisa baca dorang amik cuti sebab nak train anaknya kencing sendiri. Paling-paling pun 3 hari..hahahahaha..Sabtu Ahad memang boleh jer, tapi Lisa banyaknya keluar Sabtu Ahad. Tapi sis tetap cuba. Lisa cuba setiap Sabtu Ahad, tapi sebab ada adik AS (AZ) memang ponat la nak lap saja air kencingnya. Akh...

Stepping Stone: Kenal kenal dengan Lisa (urus hutang Lisa)

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum.. Ada add kita kat FB or IG? sebab Lisa baru share Lisa nya progress dalam settle hutang CIMB Credit Card Lisa. Quite a progress and Lisa will keep on going and would like to achieve target! FB: Fadzlisa Morni IG: @lisamorni Kalau anda tekan jer google 'how to settle debt?' banyak hit kat google akan keluar. Lisa dulu tak macam tu. Lisa bukan google pasal debt. Lisa google pasal macam mana nak buat income jer. Lisa just nak cepat kaya and banyak duit jer.. sangkut sebab tak jaga cash flow dan main swipe jer kat nokzzz.. Lisa nak ucap TAHNIAH! kepada rakan-rakan Lisa yang tak pernah guna credit card. Sebab the power of credit card dalam purse akan menaikkan temptation of buying! Its true you know.. tak kisah la kau nye income berjuta, kalau kau spend lebih daripada income. Hutang jugak lah jawabnye! Kepada kawan-kawan Lisa yang membaca sekarang ni.. Kalau korang nak tahu rahsia langsaikan hutang cepat dan efektif....

Pengurusan Wang Peribadi (Financial Management)

Bismillahirahmanirahim, Pada tahun pertama Lisa mula kerja, dapat gaji bermula dengan angka 2 memang sangat tak diduga kerana rata-rata kawan yang lain masa tu dapat gaji angka 1. Worse, ada yang dapat kurang daripada angka 1. Tetapi masa tu, asal dapat kerja kami kerja jer, tak da nak memilih. Mengapa? Gaya hidup masa tu tak macam sekarang. Pengurusan wang Bermulalah membayar hutang pengajian, sewa rumah, bill sendiri selepas ayah tahu anaknya dah dapat kerja. Masa tu (2010) dapat gaji angka 2 memang heaven. Memang rasa banyak la kan sebab kalau zaman studi, angka 2 untuk belanja dalam 3 bulan..hehehe..Jadi, sepatutnya pengurusan wang bermula dari sini. Apa kesilapan terjadi di sini? Hutang Pengaruh dulu tak lah sehebat sekarang, tetapi.. kuasa membeli memang sangat kuat. Maksudnya, dulu pembelian secara on9, macam2 platform yg bole mempengaruhi kita untuk membeli. Tetapi Lisa telah mencipta hutang dengan adanya Kad Kredit. Timbul keinginan nak guna kad kredit sebab Lis...

Ramadhan

Bismillahirahmannirahim.. Asssalamualaikum, Esok, 27/5/17 umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Sering kali Lisa dengar, ini mungkin Ramadan terakhir kita. Dulu Lisa akan fikir, oh mungkin kiamat akan datang bila bila masa. Mungkin, anda yang membaca jelas dan terang mengapa 'ini mungkin Ramadhan terakhir'. Lisa sekadar coretan dan peringatan diri sendiri. Ini Mungkin Ramadhan Terakhir Ini bukan sekadar tentang kiamat. Ini tentang kita tidak tahu bila kita akan kembali kepada Maha Pencipta. Lisa banyak mendengar tazkirah Ustaz Ahmad Dusuki tentang mati. Paling terasa apabila sahabat terdekat, meninggal disebabkan penyakit SLE awal tahun ini. Jadi, kita dah tak boleh nak cakap, ' aku masih muda, aku sihat lagi ' Jadi, begitulah Lisa nak cakap, ini mungkin Ramadhan terakhir, ini mungkin Syawal terakhir. Hari ini mungkin hari terakhir kita. Mati adalah rahsia Allah swt. Jadi, jom kita menjalani ibadah puasa sebaik mungkin kerana kita tidak tahu b...

Pet Peeves!

Assalamualaikum, Bismillahirahmanirahim. Pet Peeve:  something that a particular person finds especially annoying. Setiap orang ada perkara yang dorang rasa annoyed sangat, sehingga boleh menyebabkan marah. Ada orang akan rasa, benda kecil je tu, kenapa harus marah? Beb! kau bukan aku, aku bukan kau. Macam haritu, Sofea mengotorkan bajuku apabila kami sedang outing! Terus ku rasa nak marah jer. Encik Suami terus menegur, kalau I, u akan cakap 'mengapa nak marah? benda kecil kot. Nie sekarang u nak marah marah dah kenapa?' Hokay, defensive mode on 'Benda u marah tak da efek sampai ke petang, ni kita nak keluar ni, I nak pakai baju nie sampai petang kot!' hahahaha.. for sure u oll yang baca, u oll akan cakap -- my husband is correct.   This just a reflection jer, benda dah lepas. But for sure, some people trigger to certain thing differently. Jadi, Lisa nak share few things yang annoyed Lisa sampai tahap tertinggi!!! Lisa Top 3 Pet Peev...

Ayat Al-Quran yang Lisa Ingat Sampai Hari Ini

Bismillahirahmanirahim.. Selepas bertangguh beberapa minggu, Lisa nak teruskan penulisan pada pagi ini.. Kali ini Lisa nak tulis tentang 'Ayat Al-Quran yang sentiasa Lisa ingat sampai hari ini'. Dalam 30 topics writing challenge, Lisa kena tulis 'something that someone told you about yourself you never forget'. Puas Lisa fikir, rasanya takda la ye.. orang marah ado la.. but it is something negative.. Ayat Al-Quran yang I will never forget Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (2:216) Ayat ini, Lisa jumpa pada awal-awal Lisa mula mengambil serius tentang tafsir dan makna ayat Al-Quran. Ayat inilah yang paling menonjol, ayat inilah juga yang menjadi pengubat hati yang bertanya:  Mengapa aku berada di sini sekarang? Mengapa s...

10 Perkara yang Menggembirakan Lisa!

Asssalamualaikum.. Lisa kebelakangan ini banyak sikit kerja dan tidur awal sebab si kecik kalau nak tidur kena tidur dalam bilik gelap. Begitulah akak pun tertidur sekali sampai ke Subuh. Jom baca 10 perkara yang boleh menggembirakan Lisa, Yay!(10 things that makes me really happy!) 1. Bermalasan sambil membaca buku dan novel. Lisa pernah terdengar orang komen, bosan nye baca buku..hahahaha..weh.. happy kot sebab tak membazir masa dengan pegang handphone jer. 2. Pergi Spa dan Massage. Ini memang best. Rasa tenang dan happy jer bila dalam spa yang agak mewah. Okay, Lisa nak pasang impian nak urut di Bali Spa yang mewah.    3. Travelling Lisa memang suka jalan jalan. Walaupun Lisa ada terbaca, travelling kadang2 akan lead to frustration and stress. Tang happy nya bila planning. Planning lagi stress weh, anticipate sangat nak cuti!     Bercuti di Melaka   4. Income yang tak diduga ataupun limitless of money. ...