Skip to main content

Posts

Kecemasan di pagi 19/11/15

Bismillahirahmanirahim. Bulan November 2015 memang agak mencabar bagi saya, banyak sales saya telah ketinggalan. Saya mula goyah. Balik daripada PPUM update segalanya, runsing-runsing. Bulan depan (esok, Disember 2015), kalau kira-kira collection saya tidak cukup. Negatif thought mula datang, nak give up, macam-macam ada di dalam otak. --> saya terus, rilek satu hari (lepas keluar hospital), solat, muhasabah balik, buat syukur list, rangka balik plan2. Alhamdulillah otak dah boleh jalan balik. Baiklah. Saya nak cerita mengapa saya ended up di PPUM 2 minggu lepas (19/11/15 - 24/11/15). Pada pagi 19/11/15 saya tiba-tiba bleeding dan contraction (pengalaman anak pertama macam tu) jadi, ku kejut suami, ku bagitahu dia. Paling best 2 2 tengah fikir nak pegi hospital mana. Iye la cadang nya nak beranak kat hospital shah alam (tak bukak lagi kak oi).  Nak pegi sg buloh? tak tahu jalan kak oi Nak pegi mana-mana GH, memang tak pernah tahu kat mana la ye.. Last last pergi je la...

Pengalaman check up di swasta dengan kerajaan

Bismillahirahmanirahim.. Memang berbeza pengalaman kalau check up di swasta dengan kerajaan. Masa first baby, saya memilih untuk check up di swasta, di seksyen 13 ada hospital bersalin yang sangat glamer dan bekas housemate pun beranak kat sana sebelum ini. Tambah lagi, kawan husband pun check up kat sana. Hospital itu menjadi pilihan kerana boleh check up malam, masa tu tak banyak cuti dan bole buat medical claim pulak kan. Jadi tak mengapalah kalau nak pergi ke sana sebab memang nya cadang nak beranak kat situ jugak. Begitulah nasib masa tu apabila duk kat Shah Alam yang tak ada hospital kerajaan. Hospital swasta yang berlambak. Memang betul kalau di swasta check up tak da lah mengambil masa macam Klinik Kesihatan. Orang tak ada lah ramai macam KK. Ada aircond. Yang check nya pun doctor. Setiap kali jumpa doc, scan memanjang je lah kalau awak tak ada benda nak tanya. Doc tak tanya lebih pun (ini pengalaman saya). Sepanjang pengalaman saya dengan hospital tersebut, saya tak ...

GDM --> apa itu?

Bismillahirahmnirahim, Alhamdulillah busy week means money masuk. Rezeki masuk masuk dan masuk. Ujian Allah SWT tetap ada. Pregnancy kali ini, disahkan saya ada GDM. Mungkin selalu baca status kawan2 yang pregnant kadang2 update kata ada GDM and so on kan. Meh akak cite sikit apa itu GDM secara ringkas GDM? gestational diabetes mellitus - Itula datangnya singkatan GDM tu, nampak tak ada diabetes tu. Kalau tak faham jugak. Bahasa ringkas kencing manis masa pregnant.  Disebabkan ada family history kencing manis nie, tak kisah lah ayah or mak awak baru didiagnos, awak kena declare jugak ada. Kalau awak tanya saya masa first pregnancy tak dak kah? Hah.. next blog nanti akak cite kenapa akak tidak tahu.. Lepas awak2 declare, nurse kat KK pun terus buat appointment buat MGTT (ayat mudah minum air gula), memang manis gitew. Kalau awak nak tahu -- awak kena puasa 8 jam malam sebelumnya, esoknya minum lah air gula itu.. Tabahlah adik2 sekalian. Lps tu amik darah..tunggu lagi 2 jam....

My second pregnancy

Bismillahirahmanirahim, Macam dah lama tak update blog kan? Been busy dengan tawaran part time dan bisnes 'Ingin Jadi Jutawan' bak kata orang. Tapi bukan nak cerita pasal tu, few months ago, macam saya ada cerita pasal something tapi saya tak reveal kan? Kali ini, nak share kat readers what happened. Yup, saya pregnant untuk anak kedua. Alhamdulillah rezeki walaupun tidak dirancang sesungguh. Walaupun tak bersedia, saya berpegang dan yakin Allah SWT Maha Mengetahui bahawa dengan rezeki ini, saya dan suami boleh menghadapi segala kekangan. Maksudnya di sini, iyalah apabila anak bertambah, perbelanjaan pun bertambah kan. Tapi Allah SWT tu Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu. Masa depan yang kabur bukan. Tapi dengan ada YAKIN dan PERCAYA, saya percaya bahawa Allah SWT memberi petunjuk bahawa kami mampu menghadapinya.  Sekarang ini, saya di minggu yang ke 24 tak silap..jadi working at home ni lebih teruk kerja kat ofiz, tak ambil peduli pun ni minggu ke berapa, ...

Babywearing Class at Shah Alam

Bismillahirahmanirahim.. Babywearing Class Akak-akak adik adik ada masalah nie tak? Beli pulak online Beli masa baby tak keluar lagi Beli pulak carrier yang murah sebab carrier lain macam mahal Beli carrier yang kena pakai sendiri tapi lepas tu tak tahu nak pakai Kepada warga Shah Alam yang ada pada 14 OKTOBER 2015 jom join kelas babywearing! Tak rugi sebab Puan Shida akan ajar/troubleshoot one by one. That is why kena bayar dan limited seat! Kalau berminat kontek nombor ini ---> 0128577625 Terima kasih Jangan lupa ada Lazada My Cyber Sale. MyCyberSale

AEON Quill, Sangat Menarik

Bismillahirahmanirahim.. Quill City Mall Quill City Mall, 2 kali baru melawat kawasan. Kenapa nak tulis? Sebab jiwa yang ada selepas buat research pasal POE amat kuat di hati. Apa itu POE? penilaian yang dibuat kepada pelawat pekerja dan lain-lain selepas bangunan diduduki untuk satu tempoh. Quill ini tak silap baru siap tahun ini atau tahun lepas kot. Kalau tak silap lah. Tapi sebenarnya bukan nak citer pasal Quill, tapi pasal Tenant Quill yang paling besar dalam ini --> AEON. Mengapa Aeon dan bukan Quill sebab facilities Quill biasa-biasa sahaja dan ada tempat lagi menarik berbanding Quill. Banyak shopping mall Aeon yang ada di Klang Valley nie, yang dahulu nya kita panggil Jusco. Aeon dalam Quill ada facilities yang berbeza dengan Aeon yang sudah sekian lama ada di Malaysia. Oleh itu, kalau anda student facilities management or belajar space management or buat value management. I think Aeon boleh anda belajar semua itu. Mengapa? Kalau anda seorang parents, anda ...

Kuasa Syukur

Bismillahirahmanirahim.. Dan (ingatlah) sewaktu Tuhan kamu memperingatkan, 'jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur, maka azabKu amat berat sekali' (14:7) Begitulah dalam Al-Quran pun ada cakap tentang syukur. Apa yang anda faham tentang syukur? Pada satu ketika dulu, syukur bagi saya adalah apabila saya mendapat atau doa saya tercapai, ketika itulah baru saya akan merasakan nikmat syukur. Anda pula bagaimana? Ketika ini, apabila ilmu telah disuluh tanpa diminta seperti yang pernah saya cerita dalam link ini-->  ilmu . Saya telah belajar besar kontex syukur dan rezeki. Mengapa syukur itu penting? Sudah diterang dalam ayat di atas. Tetapi anda tidak faham lagi macam mana syukur itu berfungsi. Syukur sangat membantu dalam perubahan yang lebih baik untuk diri kita, kerana ia betul-betul membantu mereset minda (macam Prof Muhaya selalu tekankan) kita untuk tidak befikir negatif. Sekali anda mereset min...