Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Be there for your friends

Minggu lepas, Lisa melawat kawan Lisa yang diam di Batu Caves. Mak dia telah meninggal 2 minggu sebelum tu. Tak terfikir pun nak melawat kan, sebab tak pernah rapat dengan ahli keluarga dia. Sehingga staff Lisa tanya: Jadi, malam nie you pergi rumah dia ke? Agak terdiam apabila dia tanya macam tu, dan tak dapat nak jawab terus. Dan hanya memberi alasan bagitahu - I tak close dengan famili dia. Sebenarnya jujur Lisa cakap, bukan sebab tak close ke apa, cuma tak terfikir nak melawat. If you read this, Lisa mintak maaf sangat-sangat .  Jadi, Lisa pun whatapps dia tanya khabar dan bagitahu Lisa akan datang lawat dia. Mengapa Lisa melawat dia? Sebab mungkin dia perlukan kawan-kawan borak-borak. Kerana Allah Taala. Allah swt suka akan erat silaturahim. “Engkau menyembah Allah swt dan tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan menyambung tali silaturahmi” (HR Bukhari dan Muslim) Alhamdulillah, ziarah yang sangat mengg

MY BIG WHY

Jumaat lepas, kereta melalui sekolah menengah tak jauh daripada rumah. Suami perasan ada budak sekolah lagi sedang menunggu ibu/bapa nya untuk datang menjemput. Cuba teka waktu itu pukul berapa? Pukul 7 lebih pada hari Jumaat. Lisa faham hari itu hari Jumaat. Mungkin ibu bapa dia sangkut di mana-mana. Lisa agak sedih sebab hari sudah malam, dan ini telah menguatkan Lisa's Big Why. Pada hari sebelumnya, di radio membincangkan penyediaan taska di tempat kerja. Ini disebabkan penurunan prestasi pekerja wanita apabila mendapat anak. Jadi dengan adanya taska di tempat kerja, ibu akan kurang risau dan lebih fokus kepada anak. Apa kaitan dengan anak yang menunggu dengan anak di taska? Ini hanyalah pendapat Lisa, penyediaan taska di tempat kerja hanyalah penyelesaian untuk 3 tahun or 6 tahun pertama. Bagaimanakah bila anak semakin membesar? Di mana dan ke mana arah tuju mereka? Siapa akan menjaga mereka sekiranya persekitaran mereka seperti Lisa sekarang.  Lisa dan suami