Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Idea untuk ibu ibu yang baru melahirkan anak kecil (baby gift idea)

Topik ini bukan baru dan bukan lama untuk di bincangkan. Tetapi, kita masih juga google di internet dengan harapan setiap cadangan itu kita suka, sesuai dengan bajet kita. Betul bukan? Kita pendekkan cerita, saya akan nyatakan idea idea yang mungkin lapuk dan mungkin baru. Idea untuk yang mempunyai bajet yang banyak dan sikit. Ingin diingat senarai di bawah tidak mengikut turutan ya. 1. Termometer. Pengalaman sendiri apabila anak kecil demam buat pertama kali nya, mula menggelabah, tidak tahu suhu anak kecil. Kerana bajet yang tidak mencukupi, saya membeli termometer yang bawah RM20. Wahai sahabat sekalian, sebagus nya belilah termometer yang boleh tembak di dahi atau ke telinga. Harganya lebih kurang RM100++. Mengapa anda bertanya? Termometer murah ku, tidak tepat, diletak di ketiak si kecil, mengambil masa untuk mendapat bacaan, si anak kecil merengek apabila berbuat demikian. Apabila bacaan di ambil, ketiak kanan 37, ketiak kiri 40. Macam mana tu? Kalau anda kaya, boleh lah an

Belanja dengan bijak ibu-ibu (barang keperluan anak kecil)

Kepada ibu-ibu sekalian, Penulisan kali ini mungkin tidak digemari oleh peniaga-peniaga, ya, saya berniaga juga, hanya separuh masa, saya tidak sampai hati menjual barang atau memaksa pembeli saya membeli sesuatu barang sekiranya barang tersebut dapat diganti dengan benda lain. Sudah lama saya ingin menulis perihal ini, biasalah masa menjadi kekangan. Idea dan pendapat ini datang semasa melihat instagram seorang sahabat lama menanyakan sepupunya tentang satu produk ini di luar negara. Saya terus komen menyatakan pendapat dan nasihat melalui pengalaman saya. Tujuan saya, tidak payahlah kita membazir dengan membeli sesuatu produk yang hanya kita pakai beberapa bulan. Wahai ibu-ibu, terutamanya mereka yang suka mengelarkan diri mereka first time mom, tidak usahlah membazir. Anak kecil anda lebih memerlukan benda lain untuk membesar. Biar saya menyatakan benda benda yang saya ingin beli, dan kemudian nya tak jadi beli, dan barang yang saya jual tetapi saya tidak memaksa pelanggan saya

Perspektif seorang Ibu

Idea tiba tiba datang untuk menceritakan atau berkongsi sesuatu kepada anda. Bagaimana pemikiran seseorang akan berubah mengikut perubahan diri dan bukan peredaran zaman. Iya! manusia berubah mengikut peredaran diri bukan peredaran zaman. Mungkin pakar tidak bersetuju dengan apa yang saya kata. Sebenarnya saya hanya ingin menceritakan bagaimana pemikiran, tindakan saya setelah menjadi seorang ibu. Paling ketara ketika di kedai makan. Sesetengah pelayan sering tidak mengambil peduli tentang ibu yang membawa anak. Mengapa? Si anak kecil semestinya sangat lincah, semua benda di atas meja akan di gapai. Tetapi sang pelayan masih juga menghidangkan hidangan panas atau minuman di depan si ibu yang mengendong si lincah. Situasi yang sama, pelayan yang lain ada yang lebih peka dengan keadaan si ibu, akan menghidangkan hidangan jauh daripada si ibu. Si ibu tidak akan sentap sekiranya sayalah si ibu itu. Apabila saya ditakdirkan di layan dengan pelayan yang peka begini, saya sentiasa bersyuk

Reality Show!

Habis Masterchef US, sambung plak dengan Masterchef Australia. Bila tengok reality show mereka ni, dapat tengok perbezaan nya dengan local reality show. Hakikat sebenar, saya tidak tahu. tapi macam tidak ada nilai (value) dalam local reality show. Semua seolah olah mengejar rating dan populariti. Kenapa saya mengomen sedemikian, umpama keyboard warrior terulung plak. Bukan nya apa.. bila awak menonton masterchef, the voice.. kita akan nampak mereka akan selitkan nilai nilai seperti --> kenapa mereka menyertai program tersebut. kesungguhan mereka untuk menjadi peserta. paling suka tengok masterchef, majoriti peserta aim untuk bukak restoran, menjadi batu lonjatan utk mereka. macam satu episod aritu, peserta yg tersingkir ditawarkan peluang pekerjaan atau bantuan kewangan. kesungguhan mereka untuk mengubah nasib bukan hanya berdasarkan tiket glamer sahaja, duit yang mereka perolehi untuk mencapai target mereka. mereka tidak mengharapkan menjadi celebrity chef untuk kaya

Roda yang berputar

Hidup di dunia umpama roda. Kita harus sedar, setiap yang hidup akan mati. Setiap yang dicipta oleh-Nya akan kembali kepadanya juga. Itulah roda kehidupan kita. Bukan itu sahaja, setiap yang berada di atas, akan jatuh juga. tidak perlu kita merasa riak, takbur bila kita di atas. kerana, setiap perasaan itu akan kembali ke rasa malu dan hina. Begitulah kehidupan yang di atur, begitulah ujian yang diberi. setiap manusia tidak sempurna. Kita bukan bersifat maksum seperti Rasul SAW bila kita sedih, kita akan gembira juga bila kita marah, akan tenang juga bila kita tamak, kita akan bermurah juga. bila kita bersifat negatif, ada nya positif juga masalahnya, lebih kemana sifat kita itu. Begitu juga dalam kekeluargaan, kita bermula dengan kehidupan daripada bayi, ibu bapa membelanjakan sejumlah wang yg banyak terhadap kita. bila kita dewasa, kita plak memberi wang kepada mereka. kita membelanjakan wang ke atas mereka perlukah kita berkira? perlukah kita berkira denga

Realiti dan Alam Maya di dalam jual beli

Pernah tak? Bila beli barang, tengah eksaited nie. Barang kat depan mata sangat menarik, tak tahu nak pilih macam mana, lagi lagi lah first time tgk benda tu, dengan harapan ada orang yg akan explain kat kita, tapi....dia buat tak layan jer.... Situasi ni, dah beberapa kali I terjumpa, and sangat la kecewa mendapat servis tempat macam tu, tapi apakan daya, sebab nak kan benda tu, beli je la kan..drpd nak beli banyak asal beli jer bagi puaskan hati and hilang kan nafsu. tak perasan lagi bila benda ni terjadi? ini terjadi bila, penjual nya adalah online seller. Ko tengok dia nye marketing kt IG, FB and other social media platform, bukan main lagi. Macam cool jer bila dia jual barang dia. Bila live depan mata, hampeh giler. I bagi clear picture ya. tak kisah la mana-mana famous online seller yang dah ada butik sendiri (kedai yg real). Pergi la kedai nya, nun tercorok kat tingkat atas, kena tekan loceng plak tu, masuk plak, stok nye plak tak seperti di social media, yang