Skip to main content

Belanja dengan bijak ibu-ibu (barang keperluan anak kecil)

Kepada ibu-ibu sekalian,
Penulisan kali ini mungkin tidak digemari oleh peniaga-peniaga, ya, saya berniaga juga, hanya separuh masa, saya tidak sampai hati menjual barang atau memaksa pembeli saya membeli sesuatu barang sekiranya barang tersebut dapat diganti dengan benda lain.

Sudah lama saya ingin menulis perihal ini, biasalah masa menjadi kekangan. Idea dan pendapat ini datang semasa melihat instagram seorang sahabat lama menanyakan sepupunya tentang satu produk ini di luar negara. Saya terus komen menyatakan pendapat dan nasihat melalui pengalaman saya. Tujuan saya, tidak payahlah kita membazir dengan membeli sesuatu produk yang hanya kita pakai beberapa bulan.

Wahai ibu-ibu, terutamanya mereka yang suka mengelarkan diri mereka first time mom, tidak usahlah membazir. Anak kecil anda lebih memerlukan benda lain untuk membesar. Biar saya menyatakan benda benda yang saya ingin beli, dan kemudian nya tak jadi beli, dan barang yang saya jual tetapi saya tidak memaksa pelanggan saya beli, dan lain-lain.

1. Blender yang khas untuk mengisar makanan bayi. Di GM Klang, saya berjaya menemui blender tersebut dengan harga yang lebih murah. Benda untuk anak kecil biasa nya saya akan beli dengan harga yang murah. Kenapa? Pakai nya hanya berapa bulan sahaja. Ibu-ibu ingin membayar RM500 atau kurang daripada itu tetapi hanya pakai satu bulan atau 3 bulan sahaja? Banyak anda boleh beli sekiranya anda golongan yang sederhana. Mungkin rezeki berpihak kepada saya, ada food mixer di dalam nya ada hand blender sekali di rumah. Jadi saya tidak perlu beli. Walaupun di rumah mertua, saya hanya pakai blender biasa.

Isu terjadi di sebabkan, ibu-ibu tidak mahu makanan bayi dikisar tercampur dengan makanan yang lain. tidak salah kita beli blender baru kerana nanti pun kita pakai juga kan. Mungkin anda kata, nanti anak yang lain boleh pakai. pandanglah apa ada di hari ini, jangan pandang masa depan, mungkin ada design baru, anda lupa dengan benda lama itu!

2. Stroller, memang perkara pertama ibu-ibu akan membeli stroller, bukan main mahal lagi, apabila nak pergi shopping mall, tempat sesak, ya ampun, rasa nak menangis sahaja! Kadang-kadang si kecil bukan nya nak duduk di dalam, jadi trolley juga akhirnya. Stroller ku dapat dikira dengan jari berapa kali di pakai. Akhirnya saya beli SSC. Senang dan mudah tetapi suami yang pakai. Senang sebab anak kecil memang tidur lama di dalam, mudah ke mana-mana. Susahnya ketika makan, dan mencuba baju sahaja. Tapi no regrets here!

Car seat sangat lah di nasihati untuk membelinya kerana anak kecil boleh duduk di dalam itu ketika ibu-ibu membawa kereta seorang. Ikut ibu-ibu sendiri ya nak beli ke tak car seat yang lepas satu tahun tu.

3. Bekas makanan khas untuk anak kecil. ya saya ada jual. tetapi untuk ibu-ibu, anda boleh pakai bekas lain di rumah. bekas makanan khas ini hanyalah menyenangkan ibu-ibu untuk mengetahui kuantiti makanan yang disimpan dan berapa banyak anak kecil makan pada satu masa. Ini pula kadang-kadang disebabkan ibu-ibu tidak mahu makanan anak kecil bercampur dengan makanan lain.

Baiklah ibu-ibu, si anak kecil AS telah memanggil ibunya. Hilang sudah idea, lain kali sambung.

Twitter, IG, FB - lisamorni

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T

Company Annual Dinner: Rock and Roll Theme (50's)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum.. Minggu lepas Jumaat, company buat annual dinner sebaik sahaja dapat bonus. Huhuhu..bagus betul strateginya. Tahun lepas, lepas gaji. hehehe.. Kali ni Lisa tak da cerita banyak, biarlah gambar berbicara. Sebab sis struggle nak cari baju untuk tema kali ini. Sis bukan fashionista and not very good in mix and match. Tapi its okay, kawan Lisa ada yang fashionista, she did it very well. Tema tahun ini: Rock and Roll in 50's Kalau kita google: Pada hari tersebut Perbualan Lisa dengan big boss masa terserempak kat lift: Big Boss: Is this your definition of rock and roll. Me: I guess so. Big Boss: I thought the rock and roll theme is something in Saloma and P Ramlee time. Me: That time most of it sexy sexy boss, quite hard la to follow the theme.. Big Boss: Yalor2.  Then Big boss kena panggil untuk daftar..  Kesimpulan Lisa nak cakap, tema nie memang susah sikit nak cari baju yang comply sharia

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k