Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Ujian mendidik dan mengajar

Assalamualaikum.. Lisa dah start keja ofiz hour balik. Kembali ke bidang property. Terima kasih Sunway sebab bagi peluang. Peluang macam Sunrise bagi dahulu. I pledge I will serve the community and company with my heart because of Allah Taala. Nak dijadikan cerita, Lisa start to handle site on my own without my friend (who refer me to the company) Start 1st of August 2016. A lot of things happened! Masa 2 minggu masa my friend still with me on site, there was nothing extra ordinary happened. No need lah Lisa nak cerita apa bendanya. So, apabila Lisa do my daily reading 'Perjalananku Bersama AlQuran' ada satu ayat nie sangat menyentap hati dan penuh dengan kesedaran untuk Lisa. 'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata 'Kami beriman', sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yan terdahulu daripada mereka. Maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Al

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T