Skip to main content

Idea untuk ibu ibu yang baru melahirkan anak kecil (baby gift idea)

Topik ini bukan baru dan bukan lama untuk di bincangkan. Tetapi, kita masih juga google di internet dengan harapan setiap cadangan itu kita suka, sesuai dengan bajet kita. Betul bukan?

Kita pendekkan cerita, saya akan nyatakan idea idea yang mungkin lapuk dan mungkin baru. Idea untuk yang mempunyai bajet yang banyak dan sikit. Ingin diingat senarai di bawah tidak mengikut turutan ya.

1. Termometer. Pengalaman sendiri apabila anak kecil demam buat pertama kali nya, mula menggelabah, tidak tahu suhu anak kecil. Kerana bajet yang tidak mencukupi, saya membeli termometer yang bawah RM20. Wahai sahabat sekalian, sebagus nya belilah termometer yang boleh tembak di dahi atau ke telinga. Harganya lebih kurang RM100++. Mengapa anda bertanya?

Termometer murah ku, tidak tepat, diletak di ketiak si kecil, mengambil masa untuk mendapat bacaan, si anak kecil merengek apabila berbuat demikian. Apabila bacaan di ambil, ketiak kanan 37, ketiak kiri 40. Macam mana tu? Kalau anda kaya, boleh lah anda belika, kalau anda tidak mampu, berkongsi lah.

2. Set Baju dan seluar. Ini memang sangat popular dan boleh didapati dalam harga dari murah ke mahal. Beli asing pun boleh. Tapi ingat, beli lah saiz besar sikit ya, anak kecil cepat membesar.

3. Set mandian. Seorang sahabat telah memberi set mandian ini, memang rare bagi saya, tapi sangat berguna. Alhamdulillah si anak kecil AS tiada masalah kulit. Semua set mandian masih boleh di pakai cuma si anak kecil tidak dilatih menggunakkan bedak.

4. Baby cot. Terdapat baby cot murah di pasaran, kebanyakan ibu tidak menggunakan baby cot. Sekiranya anda membeli nya, latih anak anda daripada kecil. Oleh itu, saya tidak membeli baby cot, itu merupakan hadiah daripada sahabat suami.

5. Beg. Ini pun tersangat lah rare, isi tiada tapi sangat berguna. Mengapa? wahai ibu-ibu jangan lah anda pandang jelik jika mendapat hadiah beg bayi daripada sahabat. Sebab, anda boleh menyimpan barang-barang untuk di bawa ke pengasuh. Lagipun harga beg sangat berpatutan.

Beg belakang pula sesuai untuk sahabat anda menyimpan lampin pakai buang, susu dan lain lain lagi.

6. Permainan. Terdapat pelbagai mainan di pasaran bersesuain dengan umur si kecil. Permainan untuk si kecil boleh mengalih perhatian si kecil seketika.

7. Asyik si kecil sahaja, sahabat sahabat bolehlah membeli kan bantal penyusuan. Belilah untuk sahabat anda untuk menggalakkan mereka menyusukan anak. Tetapi melalui pembacaan, rata-rata menyatakan mereka tidak menggunakannya tetapi si ibu bole menggunakan ketika tidur.

8. Stroller, baby carrier, car seat. Lebih sesuai di beli secara perkongsian. Mengapa? Mahal! Tetapi saya nasihatkan kepada anda, sekiranya anda tidak punya wang yang banyak, tidak mampu beli jenama yang popular, usahlah anda fikir untuk membelinya. Bimbang sahabat anda tidak menyukai nya.

Cukup setakat ini, idea sudah kering. Senarai di atas, senarai daripada hati, melalui pengalaman. Tetapi ada senarai tertentu hanyalah idea, jangan berkecil hati sahabatku. Si anak kecil ku sudah besar, sekarang sudah setahun. Itu bukanlah wishlist ku.


Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k

Company Annual Dinner: Rock and Roll Theme (50's)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum.. Minggu lepas Jumaat, company buat annual dinner sebaik sahaja dapat bonus. Huhuhu..bagus betul strateginya. Tahun lepas, lepas gaji. hehehe.. Kali ni Lisa tak da cerita banyak, biarlah gambar berbicara. Sebab sis struggle nak cari baju untuk tema kali ini. Sis bukan fashionista and not very good in mix and match. Tapi its okay, kawan Lisa ada yang fashionista, she did it very well. Tema tahun ini: Rock and Roll in 50's Kalau kita google: Pada hari tersebut Perbualan Lisa dengan big boss masa terserempak kat lift: Big Boss: Is this your definition of rock and roll. Me: I guess so. Big Boss: I thought the rock and roll theme is something in Saloma and P Ramlee time. Me: That time most of it sexy sexy boss, quite hard la to follow the theme.. Big Boss: Yalor2.  Then Big boss kena panggil untuk daftar..  Kesimpulan Lisa nak cakap, tema nie memang susah sikit nak cari baju yang comply sharia