Skip to main content

Perspektif seorang Ibu

Idea tiba tiba datang untuk menceritakan atau berkongsi sesuatu kepada anda. Bagaimana pemikiran seseorang akan berubah mengikut perubahan diri dan bukan peredaran zaman.

Iya! manusia berubah mengikut peredaran diri bukan peredaran zaman. Mungkin pakar tidak bersetuju dengan apa yang saya kata. Sebenarnya saya hanya ingin menceritakan bagaimana pemikiran, tindakan saya setelah menjadi seorang ibu.

Paling ketara ketika di kedai makan. Sesetengah pelayan sering tidak mengambil peduli tentang ibu yang membawa anak. Mengapa? Si anak kecil semestinya sangat lincah, semua benda di atas meja akan di gapai. Tetapi sang pelayan masih juga menghidangkan hidangan panas atau minuman di depan si ibu yang mengendong si lincah. Situasi yang sama, pelayan yang lain ada yang lebih peka dengan keadaan si ibu, akan menghidangkan hidangan jauh daripada si ibu. Si ibu tidak akan sentap sekiranya sayalah si ibu itu. Apabila saya ditakdirkan di layan dengan pelayan yang peka begini, saya sentiasa bersyukur kerana kelincahan si anak mengatasi ibunya. Begitulah kisah bila si ayah telah ditumpahkan sup ayam.

Itu di kedai makan, situasi lain pula di kapal terbang. Sekiranya anda pernah membaca coretan saya sebelum ini berkenaan malaysian hospitality. Saya begitu memuji mereka, tetapi macam situasi di atas, ada pramugari/a yang peka ada yang pekak juga. Maksudnya tiada standard! Kadang kadang, makanan akan dihidang dulu kepada si ibu, kadang kadang si ibu makan lah sekali dengan si ayah dan sambil bertarung dengan si kecil. Situasi lain juga, semasa di KLIA, penumpang bersama anak-anak kecil akan dibenarkan masuk dahulu. Tetapi ketika di KIA, masuk lah engkau dengan penumpang lain.

Lain-lain situasi atau kemudahan yang disedia kan di pusat beli-belah, semestinya kepada ibu-ibu, tempat yang selalu kita pakai adalah tempat tukar lampin dan bilik penyusuan. Saya boleh menyenaraikan beberapa tempat favourite untuk kemudahan begitu di KL. One Utama, Aeon Jusco, the Curve. Begitulah saya gemar pergi berulang kali ke tempat tersebut untuk 'window'. Oleh itu, begitu pentingnya menerapkan nilai-nilai yang menepati setiap pelanggan ke dalam setiap perkhidmatan.

Value Management sering kali di kaitkan cut cost oleh masyarakat, tetapi apa yang saya faham semasa dalam kelas, ia bukan sekadar pemotongan kos, ia melibatkan pemotongan kos yang tidak perlu dan memperbaiki design agar menepati pengguna. Contohnya, ketika menggunakan bilik salin lampin di RnR, hanya disediakan sinki dan ruang yang tak berlapik. kadang-kadang saya sangat marah kerana kenapa tidak disediakan tilam span agar anak kecil lebih selesa, tetapi, kita harus fikir kenapa ia tidak disediakan, mungkin akan rosak, mungkin akan hilang, kotor dan sebagainya. Jadi saya redha.

Harus saya kongsikan satu benda yang saya jumpa di KLIA, tempat 'nursing room'. Di dalam nursing room ada tandas, besar tandas itu, seperti tandas OKU, saya pun menjenguk apa beza dengan tandas OKU, di dalam tandas tersebut di sediakan kerusi khas untuk anak kecil. hah, bayangkan anda single traveller dengan anak kecil, begitu berguna kemudahan seperti itu.

Begitulah perspektif seorang ibu. ahax

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k

Company Annual Dinner: Rock and Roll Theme (50's)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum.. Minggu lepas Jumaat, company buat annual dinner sebaik sahaja dapat bonus. Huhuhu..bagus betul strateginya. Tahun lepas, lepas gaji. hehehe.. Kali ni Lisa tak da cerita banyak, biarlah gambar berbicara. Sebab sis struggle nak cari baju untuk tema kali ini. Sis bukan fashionista and not very good in mix and match. Tapi its okay, kawan Lisa ada yang fashionista, she did it very well. Tema tahun ini: Rock and Roll in 50's Kalau kita google: Pada hari tersebut Perbualan Lisa dengan big boss masa terserempak kat lift: Big Boss: Is this your definition of rock and roll. Me: I guess so. Big Boss: I thought the rock and roll theme is something in Saloma and P Ramlee time. Me: That time most of it sexy sexy boss, quite hard la to follow the theme.. Big Boss: Yalor2.  Then Big boss kena panggil untuk daftar..  Kesimpulan Lisa nak cakap, tema nie memang susah sikit nak cari baju yang comply sharia