Skip to main content

Book Review: MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI, beitulah tajuk buku yang akan saya komen. Buku yang sangat bagus untuk kita membuka mata, mendekatkan kita dengan Maha Pemberi Rezeki, Allah SWT.

Wahai pembaca, ini bukan lah iklan berbayar daripada Tuan FATHURI SALEHUDIN. Ini adalah ikhlas daripada hati saya ingin memberi pendapat dan bercerita sendiri. Saya gemar berkongsi apa yang saya suka dengan percuma. Begitulah dengan menggunakan platform percuma ini.

Apabila membaca buku ini, memang begitu membuka mata bahawa REZEKI itu memang pelbagai. Selama ini saya buta atau separa buta walaupun menyedari hakikat rezeki Allah SWT itu luas. Luas maksudnya bukan sahaja datang daripada segi wang ringgit, tetapi datang daripada udara, kesihatan dan sebagainya. Begitu kerap orang suka bercerita bagaimana rezeki nya datang daripada wang ringgit untuk peniaga. Tetapi wahai pekerja yang makan gaji, rezeki juga datang daripada bentuk lain.

Konsep yang diterapkan oleh Tuan Fathuri kepada kita ialah, rezeki itu dijemput bukan mencari. Mungkin anda setuju, mungkin ada yang tidak, kerana apabila kembali kepada asas, kita tetap berusaha mencari rezeki. Tetapi ingatkah kita bahawa, apabila kita berusaha mencari rezeki, kita bangga hasil usaha selama ini datang daripada usaha diri sendiri, kadang-kadang kita alpa, siapakah dan datang daripada rezeki itu, kita lalai, kita lupa solat sebab berusaha, kita lupa keluarga sebab sibuk mencari rezeki.

Apabila anda membaca buku ini, begitu banyak contoh-contoh pengalaman pembaca atau orang lain di lampirkan sekali, mungkin anda masih tidak percaya kerana mungkin Tuan Fathuri sengaja mengadakan cerita (maaf ya tuan sekiranya tuan membaca ini, ini sekadar contoh). Usah pergi jauh, selepas membaca buku ini, saya mengambil beberapa cara untuk diterapkan, Salah satu nya sedekah, niat hanya bersedekah untuk membantu ahli keluarga yang lain, nah kau.. tiba-tiba tak lama lepas itu duit claim masuk. Tuan tuan mungkin berkata, duit claim itu memang pasti, tetapi tahukan tuan tuan saya sudah berhenti bekerja, saya menghantar claim itu beberapa hari sebelum tarikh akhir saya bekerja. Nampak tak apa-apa boleh terjadi, kelulusan daripada pihak atasan kita tidak pasti tahu. Kita tidak boleh bercakap besar, kerana apa-apa boleh terjadi.

Apabila kita sedar rezeki itu di jemput, setiap rezeki, halangan yang Allah swt berikan, kita pasti redha dan lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Bukan lah kita puas mencari rezeki, apabila rezeki kita di tarik oleh-Nya barulah kita mendekatkan diri kepada-Nya. Kita pun berusaha berdoa tanpa putus, solat hajat tanpa henti untuk mengembalikan apa yang pernah kita ada dulu. Sama juga bukan, cuma ketika kita susah kita meminta kepada-Nya. Apabila kita senang kita pun kembali seperti dulu.

Saya teringat kata-kata muazzin ketika menunaikan haji pada tahun 2012. Muazzin berkata, Allah SWT suka kita meminta kepada-Nya, mintalah apa-apa dengan-Nya. Tapi kita perlu ingat, tak semua permintaan kita akan di makbulkan kerana DIA MAHA MENGETAHUI. Tidak seperti sifat manusia, apabila kita meminta, kita rasa beban, kita rasa susah.

Baiklah kembali kepada buku ini, Tuan Fathuri, menjelaskan dengan baik setiap rezeki Allah SWT di dunia ini, dia ada menerangkan dan mengaitkan setiap perkara dengan baik. Dia memberi cara-cara untuk kita menarik rezeki. Bacalah sehingga habis, bacalah untuk memberi motivasi untuk kita lebih dekat kepada Nya. Alhamdulillah, selepas membaca buku ini, saya lebih bersemangat untuk mengerjakan ibadah. Setiap rezeki yang masuk datang dari Nya kerana bumi ini milik Allah SWT bukan milik kita dan kepada Dia kita kembali.

Tidak salah anda membeli buku ini RM18.00. Dengan amalan dan motivasi yang Tuan Fathuri berikan, mungkin anda dapat pulangan berlipat ganda. Mungkin dalam hati kita berkata, saya bukan seorang peniaga, buku ini tidak sesuai untuk kita, ingat balik, rezeki Allah SWT itu luas, mungkin sebagai orang yang makan gaji, anda sihat selalu untuk bekerja, mungkin anda dapat tempat kerja yang lebih elok, mungkin anda dapat bos yang suka belanja anda makan, mungkin anda dipermudahkan urusan. Rezeki Allah SWT itu luas, rahsia Allah SWT lagi besar, janji Allah SWT itu pasti!

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T

Company Annual Dinner: Rock and Roll Theme (50's)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum.. Minggu lepas Jumaat, company buat annual dinner sebaik sahaja dapat bonus. Huhuhu..bagus betul strateginya. Tahun lepas, lepas gaji. hehehe.. Kali ni Lisa tak da cerita banyak, biarlah gambar berbicara. Sebab sis struggle nak cari baju untuk tema kali ini. Sis bukan fashionista and not very good in mix and match. Tapi its okay, kawan Lisa ada yang fashionista, she did it very well. Tema tahun ini: Rock and Roll in 50's Kalau kita google: Pada hari tersebut Perbualan Lisa dengan big boss masa terserempak kat lift: Big Boss: Is this your definition of rock and roll. Me: I guess so. Big Boss: I thought the rock and roll theme is something in Saloma and P Ramlee time. Me: That time most of it sexy sexy boss, quite hard la to follow the theme.. Big Boss: Yalor2.  Then Big boss kena panggil untuk daftar..  Kesimpulan Lisa nak cakap, tema nie memang susah sikit nak cari baju yang comply sharia

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k