Skip to main content

Pernahkah anda seperti saya? ~ seorang, sendiri ke mana mana?

Apabila kita hendak ke mana mana, sering kali kita mencari teman. Kita perlukan teman apabila melakukan setiap perkara. Begitu juga dalam perkahwinan, dan kehidupan seharian kita. Teman perlu di cari dan kadang kadang ia datang sendiri. Saya sendiri menghadapi masalah membuat teman, ia sesuatu perkara yang tertekan apabila memikirkan.

Bak kata orang, lagi kita tidak suka benda itu, lagi lah ia datang kepada kita. Lagi ku benci dengan orang yang bermain bola sepak, itulah menjadi teman hidupku. Nasib baik bukan pemain bola sepak negara!

Suka saya menceritakan hal hal lama, kerana ia hanyalah memori dan kenangan. Dibesarkan dengan jarak 9 tahun dengan abang, 7 tahun dengan kakak sulung, 5 tahun dengan kakak kedua. Saya selalu keseorangan di rumah. Ditemani mak sedara, bermain seorang, ayah tidak membenarkan saya bermain bersama jiran. Hasilnya, amat sikit pengetahuan bermain permainan tradisional dan tidak suka bergaul dengan orang. Sikap tidak suka bergaul itu lah menjadi satu keterpaksaan dalam hidupan harian saya.

Bermula daripada kelas mengaji, duduk sendiri dan tidak bergaul dengan orang di ruang tamu. Pergi ke tadika, tiada kenalan atau anak jiran terdekat ada sekali. Buat seketika memang ada sahabat lama yang ada sekali. Tetapi sendiri lagi ketika pegi kelas agama ketika di sekolah rendah. Sendiri lagi apabila terpilih mewakili sekolah untuk menjadi atlit. Titik perubahan paling besar iaitu saya perlu membina hidup baru ketika diri sendiri nekad ingin masuk belajar ke sekolah berasrama penuh. Oh! begitulah kehidupan yang membuat kan saya harus membuka mulut dan berkawan dengan sesiapa sahaja. Di buang ke mana, memang boleh hidup!

Bukan itu sahaja, ketika di matrikulasi, memang ramai sahabat yang masuk sekali, sekali lagi hanya saya diletakkan di kumpulan yang hanya 2 3 orang sahaja saya kenal. Tambahan lagi yang saya kenal itu, semasa di sekolah menengah, ada yang tidak bertegur langsung ada yang hi hi bye bye. Sekali lagi hidupku perlu sendiri lagi apabila menyambung degree di shah alam. Oh! kadang-kadang ku fikir, kenapa aku tidak memilih bidang yang ramai sahabat ku masuk?

Habis belajar, sambung master, begitulah saya berada di kalangan orang yang sudah bekerja dan ex coursemate yang tidak rapat langsung. hurm. Hidup diteruskan dengan alam pekerjaan di mana mulanya hanya saya sendiri yang berjaya masuk kemudiannya sahabat lain turut menyertai. Liku liku kecil yang perlu saya hadapi ialah menyertai program bina diri dengan colleague yang tidak pernah bertegur sapa. Menghadiri kursus ke JB dengan orang yang langsung ku tidak kenal (naik kereta selama 4 jam pergi dan balik). Menghadiri kursus kahwin dengan bakal suami ketika itu padahal sahabat lain pergi bersama-sama. Selama 4 tahun berada sangat selesa di syarikat itu, kini telah ku lepaskan. Paling terakhir aku perlu sendiri ialah menghadiri kursus di Shah Alam.

Wahai pembaca sekalian, walaupun saya sentiasa perlu menghadiri sesuatu kursus, program seorang. Saya tidak mahu menjadi kera sumbang. Ya, saya memang pemalu (pemalu ke), kurang mesra. Tetapi saya akan menjadi orang yang sangat peramah kalau anda berjaya 'membuka mulut saya'. Seperti yang saya tulis daripada awal, berkenalan, memulakan sesuatu adalah perkara yang sangat tertekan bagi saya. Tetapi, setiap kali akan saya tanamkan, Allah swt ingin aku berkawan, meluaskan jaringan sahabat agar aku ramai lagi kenalan. Oleh itu, saya akan membuka mulut untuk berborak, sekiranya berjaya mendapat seorang yang serasi, bolehlah menjadi teman sepanjang seminar kan?

Cukup untuk topik kali ini. Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k

Company Annual Dinner: Rock and Roll Theme (50's)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum.. Minggu lepas Jumaat, company buat annual dinner sebaik sahaja dapat bonus. Huhuhu..bagus betul strateginya. Tahun lepas, lepas gaji. hehehe.. Kali ni Lisa tak da cerita banyak, biarlah gambar berbicara. Sebab sis struggle nak cari baju untuk tema kali ini. Sis bukan fashionista and not very good in mix and match. Tapi its okay, kawan Lisa ada yang fashionista, she did it very well. Tema tahun ini: Rock and Roll in 50's Kalau kita google: Pada hari tersebut Perbualan Lisa dengan big boss masa terserempak kat lift: Big Boss: Is this your definition of rock and roll. Me: I guess so. Big Boss: I thought the rock and roll theme is something in Saloma and P Ramlee time. Me: That time most of it sexy sexy boss, quite hard la to follow the theme.. Big Boss: Yalor2.  Then Big boss kena panggil untuk daftar..  Kesimpulan Lisa nak cakap, tema nie memang susah sikit nak cari baju yang comply sharia