Skip to main content

Kerjaya sebagai pendidik anak anak kecil - Guru Tadika

Bismillahirahmannirahim..

Cikgu tadika, rata-rata kita tidak memilih ia sebagai pekerjaan atau cita-cita kerana daripada kecil lagi kita tidak dididik untuk menjadi seorang cikgu tadika. Tetapi tidak salah kita melabelkan diri mereka sebagai pendidik walaupun kebanyakan mereka tidak memiliki pendidikan formal daripada universiti. Anda tertanya mengapa saya menulis topik ini?

Wahai pembaca/bakal ibu dan bapa/ibu dan bapa,
Cuba anda fikir kembali di manakah anda mendapat pendidikan pertama anda selain daripada rumah anda. Sekiranya anda homeschool, syabas kepada ibu dan bapa anda!
Bukan itu sahaja, tidak pernahkah anda terfikir bagaimana cikgu-cikgu ini yang kita selalu katakan tiada pendidikan tertinggi tetapi mampu mengajar anak anak kecil seawal 4 tahun untuk membaca menulis menyanyi dan lain lain lagi. Anda tahu sikap dan perangai anak anda bagaimana di rumah, tidakkah anda fikir daripada sekarang bagaimana cikgu-cikgu ini mendidik anak anda. Usahlah kata yang saya hantar anak saya ke tadika ini, tetapi anak saya masih tidak pandai. Tetapi cuba anda periksa benda lain, mungkin dia tahu benda yang anda tidak tahu kerana kita terlalu fokus kepada benda lain sehingga kita tidak tengok apa yang dia telah pandai. Begitu juga kalau anda kata anda hantar anak ke tadika untuk anak anda pandai awal, anda juga telah memberi tanggungjawab itu dan memberi kepercayaan kepada pendidik yang dikatakan cikgu tadika itu.

Wahai sekalian,
Saya sendiri pernah menjadi seorang cikgu tadika di salah satu tadika di seksyen 7 shah alam. Saya begitu takut dengan harapan ibu dan bapa untuk anak mereka pandai, saya memilih untuk menjadi kitchen helper tetapi kemudiannya pengetua itu meminta saya mengajar budak 6 tahun yang sudah ada asas. Kalau anda berdepan dengan anak anak ini, anda akan tertanya, bagaimana aku ingin mengajar mereka? Lagilah yang suka berlari dan berkejaran. Memang mencabar, terutamanya awal tahun persekelohan ketika mereka pertama kali berpisah daripada rumah. Dengan tangisannya, dengan enggan jauh daripada ibu dan bapa mereka dan banyak lagi. Kerenah budak budak memang banyak, jadi jangan pandang rendah pekerjaan ini.

Apa yang membuatkan saya sedih, seperti mana pengasas francais tadika kami, kebanyakan mereka malu mengaku mereka cikgu tadika. Tetapi tidak salah kita panggil mereka cikgu kerana mereka juga pendidik. Begitu sahabatku yang terdesak memerlukan pekerjaan apabila saya menawarkan pekerjaan ini, mulanya dia menerima tetapi kemudiannya menolak sebab dia sudah kembali ke semenanjung. Saya percaya dia sudah balik ke sana tiada perasaan lain. Hanya ingin kata begitu susah mencari seorang pendidik. Berserahlah kami kepada Allah SWT agar pilihan yang lebih baik akan datang kepada kami.

Iya, gaji sebagai cikgu tadika tidaklah tinggi. Kebanyakan orang yang berpendidikan tinggi hanyalah ingin menjadikan ia pekerjaan sementara sahaja, begitulah saya satu masa dulu. Apabila anda sudah masuk ke bidang itu, banyak perkara anda risaukan, saya tidak pasti dengan bekas bekas guru tadika lain. Kini saya kembali lagi ke bidang ini atas permintaan kakak ku, tidak pasti berapa lama kerana saya menunggu tawaran pensyarah. Ingin saya jelaskan, saya tidak memandang rendah mereka tetapi tabik kepada guru-guru ini. Cuma diri ku sendiri ada impian sendiri ingin dicapai.

Orang yang sangat berjaya selalu berkata, buatlah pekerjaan yang anda minat. kerana minat itu akan mendorong keinginan dan semangat yang tinggi. Dan saya percaya begitulah jadinya Law of attraction.

Terima Kasih!

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T

Company Annual Dinner: Rock and Roll Theme (50's)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum.. Minggu lepas Jumaat, company buat annual dinner sebaik sahaja dapat bonus. Huhuhu..bagus betul strateginya. Tahun lepas, lepas gaji. hehehe.. Kali ni Lisa tak da cerita banyak, biarlah gambar berbicara. Sebab sis struggle nak cari baju untuk tema kali ini. Sis bukan fashionista and not very good in mix and match. Tapi its okay, kawan Lisa ada yang fashionista, she did it very well. Tema tahun ini: Rock and Roll in 50's Kalau kita google: Pada hari tersebut Perbualan Lisa dengan big boss masa terserempak kat lift: Big Boss: Is this your definition of rock and roll. Me: I guess so. Big Boss: I thought the rock and roll theme is something in Saloma and P Ramlee time. Me: That time most of it sexy sexy boss, quite hard la to follow the theme.. Big Boss: Yalor2.  Then Big boss kena panggil untuk daftar..  Kesimpulan Lisa nak cakap, tema nie memang susah sikit nak cari baju yang comply sharia

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k