Skip to main content

Akademik vs akhlak

Bismillahirahirahmanirahim..

Sabtu lepas, tertengok channel TV9 - halaqah raudah. Topik yang hampir sama dengan apa yang saya katakan. Akademik vs Akhlak. Begitulah tajuk halaqah hari tu. Sangat kebetulan dan sangat menyokong apa yang saya cuba sampaikan. Main point di sini ialah -- akademik haruslah sejajar dengan akhlak. Tak payah saya huraikan dengan panjang kerana saya baru je menulis berkenaan dengan topik yang sama cuma tidaklah seheavy seperti dibincangkan dalam halaqah.

Kali ini, saya ingin beri contoh kepada pembaca dan biarlah anda menilai sendiri untuk tindakan anda.

Akademik
Anda ibu bapa yang pentingkan kecermelangan akademik anak, pentingnya anak anda pandai seawal mungkin. Mungkin kerana anda ingin orang kata, keciknya sudah pandai. Saya kata MUNGKIN bukan, ada juga mungkin nya anda ingin anak anda senang pada masa depan nanti. Tetapi anda harus ingat, anak-anak harus diperhatikan perkembangan akademiknya kerana pada satu tahap mereka akan bosan, dan tidak ingin belajar lagi. Apabila tiada keinginan belajar lagi, punah lah harapan anda yang sedang naik, turun kembali.

Akademik kurang dan lambat tidak bermakna anak anda atau anda sendiri akan jadi bodoh selamanya. Bagitu ramai orang yang berjaya dan kaya tidak mempunyai akademik yang cemerlang. Bagaimana? mereka punya satu azam ingin berjaya walaupun kecundang atau semput di awal permulaan. Tidak bermakna kita tidak pandai atau lembab ketika kecil kita terus begitu sehingga mati, GAGAL BUKAN SELAMANYA, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

Contoh: Saya boleh bertutur bahasa mandarin sebab saya dihantar ke tadika dan sekolah rendah cina sejak daripada kecil. Anda masih juga boleh belajar bahasa mandarin ketika anda sudah bekerja. Anda nampak bukan? Ilmu sentiasa boleh dicari. Ilmu sentiasa boleh digali. Bukan alasan otak anda sudah berkarat anda tidak mampu belajar dan menerimanya. Apa jadi sekiranya anda sudah tua, anda tidak tahu membaca alquran, pada masa itu anda menerima hidayah dan ingin mengaji, bukan kah tetap sama juga.

Pendedahan seawal mungkin ialah untuk merangsang otak anak anda agar mudah menerima ilmu - itu pendapat saya. Cuba anda lihat pula kesannya kepada akhlak.

Akhlak
Bagi saya akhlak harus diterapkan sejak dari kecil lagi. Nilai-nilai yang baik harus ditunjuk. Senang untuk saya cerita dengan bercerita dengan anda.

Anda kerap memukul anak anda ketika dia kecil, bukankah ini akan mempengaruhi emosinya pada masa depan. Ada kemungkinan dia juga akan turut memukul anaknya juga nanti. Saya pernah melihat bagaimana anak kecil ini menumbuk neneknya kerana ayahnya sering bergurau dengan berkata 'nak tumbuk' nanti. Anak kecil tidak tahu betul dan salah, mereka hanya meniru. Kita adalah cermin mereka. Iya, anda kata ia boleh ubah, tetapi hanya anda saja tahu bila-bila masa akhlak yang kurang baik itu tetap akan muncul.

Saya dibesarkan oleh ibu bapa saya dengan tidak mencarut. Apabila saya masuk ke alam persekolahan, saya banyak mendengar orang mencarut. Kesannya, kadang-kadang saya tercarut kuat. Sekarang ini, saya berjaya mengawal dan boleh dikira dengan jari penggunaan kata kata itu. Saya tahu benda itu tidak elok, usia yang mematangkan saya, keadaan keluarga saya, saya memilih untuk tidak mencarut.

Oleh itu, apabila kamu menonton drama, orang akan tutup mata anaknya untuk tidak melihat perkara yang tidak elok. Akhlak sangat lah subjektif, harus dijaga sebaik mungkin, seeloknya sejak dari kecil lagi dan ibu-bapa juga harus menjaga tingkah laku kerana mungkin kekhilafan kita jatuh kepada anak kita. MUNGKIN makanan daripada sumber yang haram, membuatkan anak anda jadi seorang yang teruk akhlaknya.

Nah.. jagalah akhlak. Begitulah akademik harus sejajar dengan akhlak. Apabila kita berilmu, dengan akhlak yang baik, anda boleh berfikir mana satu baik dan buruk.

Terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k

Company Annual Dinner: Rock and Roll Theme (50's)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum.. Minggu lepas Jumaat, company buat annual dinner sebaik sahaja dapat bonus. Huhuhu..bagus betul strateginya. Tahun lepas, lepas gaji. hehehe.. Kali ni Lisa tak da cerita banyak, biarlah gambar berbicara. Sebab sis struggle nak cari baju untuk tema kali ini. Sis bukan fashionista and not very good in mix and match. Tapi its okay, kawan Lisa ada yang fashionista, she did it very well. Tema tahun ini: Rock and Roll in 50's Kalau kita google: Pada hari tersebut Perbualan Lisa dengan big boss masa terserempak kat lift: Big Boss: Is this your definition of rock and roll. Me: I guess so. Big Boss: I thought the rock and roll theme is something in Saloma and P Ramlee time. Me: That time most of it sexy sexy boss, quite hard la to follow the theme.. Big Boss: Yalor2.  Then Big boss kena panggil untuk daftar..  Kesimpulan Lisa nak cakap, tema nie memang susah sikit nak cari baju yang comply sharia