Skip to main content

Anda ingin kuruskan badan?

Bismillahirahmanirahim.

Kepada pembaca ku sayang,

Saya ingin anda mencuba teknik LOA untuk menguruskan badan. Bagaimana anda tahu, LOA ini teknik menggunakan minda anda. Apa kata anda cuba? Jika berjaya. Anda boleh kongsi kan cerita anda kepada saya. Thanks in advance dear beloved readers.

Tekniknya lah. Jika anda ingin kuruskan badan, tanam dalam minda anda 'ingin kuruskan badan' itu dalam minda anda. Mesti anda cakap, saya dah fokus begitu, tetapi masih gagal. Cuba anda rewind balik, muhasabah balik. Dalam anda ingin kuruskan badan itu, ada tak dalam diri anda timbul sedikit 'gangguan'. Seperti, macam tak berkesan je benda ni, tak menjadi pun teknik ni. Ada tak? Ini lah penghalangnya tidak menjadi fokus anda itu.

Banyak lagi 'gangguan' yang boleh menyekat dalam minda kita membuatkan kita gagal dalam menguruskan badan. Rata-rata orang yang nak kuruskan badan mempunyai tujuan. Alasan paling kerap saya dengar oleh rakan-rakan di sekeliling saya adalah 'kahwin'. Kerisauan dalam diri baju tak muat apabila hari besar. Risau adalah gangguan. Kenapa kita perlu risau kalau dah bertahun ko makan badan ko tak pernah naik? Ada pulak minum atau makan benda yang memang berkesan untuk kuruskan badan sebelum kahwin sahaja. Lepas kahwin badan naik balik.  Sebab minda dia target aku nak kurus untuk hari besar sahaja. Lepas ni aku malas dah, apa nak jadi jadi lah.

Makanan pula selalu disalahkan punca kegemukan. Tapi ada jer orang yang makan banyak badan tetap maintain, tak gemuk-gemuk juga. Banyak penjelasan saintifik mengatakan mengapa ada orang badan tak naik. Di sini teknik ni, nak mengajar anda, anda boleh baca dan fahami penjelasan saintifik itu. Tetapi, anda jangan tanam dalam minda anda penjelasan tersebut. Contohnya, badan naik dengan cepat kerana kadar metabolisma badan rendah jadi sebab itu orang yang kadar metabolisma yang tinggi makan banyak pun tetap kurus. Itulah alasan anda setiap kali tidak berjaya, begitulah anda sentiasa memberi alasan. Anda harus fokus kembali badan yang kurus.

Teknik LOA ini, tidak akan memberitahu anda bagaimana cara secara terperinci bagaimana anda akan kuruskan badan. Tetapi anda harus tanamkan azam dan niat untuk kuruskan badan. Di sini anda harus letak target berapa penurunan anda inginkan. Turun satu kg tu pun kurus la sikit kan. Letak gambar badan yang anda inginkan itu. Letak angka berat anda ingin capai agar anda sentiasa nampak.

Kemudiannya, jangan timbang berat anda. Kerana nanti anda kecewa, manusia ni jenis tak sabar, kadang-kadang baru sehari terus timbang, makan sikit terus timbang, anda terus down. Terus tak jadi nak kuruskan badan, terus stress, terus sambung makan. hurm...Apabila anda window shop, selalu la tengok baju yang anda akan pakai dan beli apabila anda kurus. Motivasi anda harus maintain, dekati lah orang yang berjaya kuruskan badan agar anda sentiasa positif dan yakin anda pun boleh!

Paling akhir sekali, untuk kekal minda yang positif itu, anda harus terima saiz dan berat anda. Anda harus rasa hebat. Dengan perasaan yang hebat itu, gangguan yang datang daripada semua arah anda mampu tepis dengan jari anda.

Saya akan bagi contoh bagaimana pertolongan akan datang berdasarkan kuasa minda anda. Mungkin tanpa sedar anda dikelilingi orang yang gemar bersukan. Tanpa sedar syarikat anda menyediakan perkhidmatan gim percuma. Tanpa sedar anda dapat voucher percuma. Tanpa sedar anda mungkin dapat supply makanan yang boleh kuruskan badan. Menarik bukan pertolongan yang datang. Kemudiannya tinggal diri anda untuk maintainkan minda anda untuk mencapai impian anda itu.

Cukup untuk hari ini. Seperti yangs saya kata pada awal tadi. Jika berjaya, anda boleh contact saya dan share cerita anda dengan saya dan saya kan share kan cerita kejayaan anda.

Terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T

Company Annual Dinner: Rock and Roll Theme (50's)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum.. Minggu lepas Jumaat, company buat annual dinner sebaik sahaja dapat bonus. Huhuhu..bagus betul strateginya. Tahun lepas, lepas gaji. hehehe.. Kali ni Lisa tak da cerita banyak, biarlah gambar berbicara. Sebab sis struggle nak cari baju untuk tema kali ini. Sis bukan fashionista and not very good in mix and match. Tapi its okay, kawan Lisa ada yang fashionista, she did it very well. Tema tahun ini: Rock and Roll in 50's Kalau kita google: Pada hari tersebut Perbualan Lisa dengan big boss masa terserempak kat lift: Big Boss: Is this your definition of rock and roll. Me: I guess so. Big Boss: I thought the rock and roll theme is something in Saloma and P Ramlee time. Me: That time most of it sexy sexy boss, quite hard la to follow the theme.. Big Boss: Yalor2.  Then Big boss kena panggil untuk daftar..  Kesimpulan Lisa nak cakap, tema nie memang susah sikit nak cari baju yang comply sharia

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k