Skip to main content

#kebandungkita - Bandung Trip - Shopping Trip

Bismillahirahmanirahim,

Macam lama pulak tak update blog, sebab dah start kerja. kerja banyak perlu diselesaikan. Blog terkandas sekejap. Sebelum kita sambung pasal hukum tarikan itu, kita santai-santai dulu ye. 

30/4/15 - 3/5/15:
Saya, suami saya, anak saya dan kakak ke terbang ke Bandung.
One of the wishlist for 2015 DONE!
Kali ini is return trip, saya pernah pergi Bandung few years back.
Kenapa visit balik? sebab Bandung bandar yang BEST dan seronok SHOPPING di situ.

BUDGET - Last Minit Trip
Jangan ditanya lah dengan saya ni, tiket flight beli last minit, transportation last minit, tempat tinggal pun last minit, alhamdulillah dapat tempat tinggal murah juga. =)
Total dalam seorang la ye -->; RM1,000 (termasuk luggage)
Pembelian luggage pun kena buat strategi!

Our Journey
Original plan -
1st day: Jalan jalan area hotel since Agoda cakap walking distance ke Rumah Mode dan Paris Van Java
2nd day: Sightseeing dan start shopping
3rd day: Last miniy shopping

Tujuannya kami nak jimat on transportation fees (RM180 per day), jemput di Airport sahaja RM100 per trip.


Transportation telah diurus oleh kakakku yang mempunyai travel agent. Better anda mencari driver and sewa keta kalau nak ke Bandung. 

What happened?
1st Day
Flight pagi (9.30am) terus ke Bandung dengan Air Asia (inflight attendant sangat thumbs up hokay! customer service memang mantop!! memang sangat berbeza dengan Malaysia nye Air Asia attendant, bukannya local nya tak bagus, tapi the service attitude memang lain gitu).

Additional info: Malindo pun terbang direct ke Bandung. Anda bole jimat masa tak payah ke Jakarta. Hanya 2 jam KUL-BDO.
Airport Bandung: Collection of Baggage

Sampai jer Airport Bandung yang sangat comel ini, anda akan terus ke kaunter imigresen nya, keluar je kaunter itu, anda akan jumpa seperti di sebelah ini. anda jangan terus jalan. Sini lah luggage 
-luggage anda akan keluar. Klasik bukan?

Selapas itu, tarik lah luggage anda untuk di scan kali ke2. selepas di scan anda terus jumpa pintu keluar.

Earlier saya cakap hotel kami walking distance kan? Actually tak! memang rasa tertipu lah. Tetapi kena redha je sebab tak nak spoil mood.

Lepas tanya driver kami dan hotel desk. Semua cakap tak sesuai nak jalan kaki. Jadi alternatif nya panggil lah taxi.
Dari hotel ke Paris Van Java = RM10 after convert
Paris Van Java ke Rumah Mode = RM6 after convert
Rumah Mode ke Hotel = RM10 after convert

The Victoria Guest House

Kalau anda dah baca blog lain mungkin ada baca pasal teksi kuning dan biru. Teksi ni ada kawasan dia sendiri pulak. Tetapi alhamdulillah harga sangat logik di akal walaupun kami menempuh jam teruk. =)

Lagipun masa ini, orang Jakarta pun ke Bandung untuk shopping.

Paris Van Java: macam JPO jer, harga memang standard sama dengan Malaysia. So anda tak payah lah lama sangat kat sini.

Rumah Mode: Sini memang banyak choices untuk branded brands. Sebab nanti ada last minit shopping kan, jadi masa ni survey barang dan harga nak beli. 

Ada tempat makan juga. So tak yah risau nak cari kedai makan.

Tempat tinggal kami selama 3 malam, actually kalau tengok surrounding, this hotel macam Banglo yang di tukar guna.
2nd day
Kami fokus sightseeing di pagi hari dan tengah hari nya ke factory outlet. Driver asyik tanya nak ke Pasar Baru tak..huhuhu..memang bukan aim ke sana pun. so cakap esok nya ke sana.
Tangkuban Perahu kami tak pergi sebab harga masuk nye IDR300k, lbh kurang dlm RM90.
So kami terus ke Ciater Hot spring. Boleh ler rendam and buang toxin kan. Hot spring ni dah banyak penambahan: ada rumah hantu, ada perahu kayuh (yekot namanya).
Lepas tu, kami turun ke Kedai Kopi Luwak, di mana u boleh tengok proses dia, me and my sis tak minum kopi, so husband je la minum nya. Sedap katanya.
Then kami turun pulak ke Strawberry Farm, harga 100gm pun sgt murah. Tak ingat berapa. Masuk farm dia kena bayar, tiket tu boleh tuka dengan strawberry juice!

Shopping time!!
Jalan Dago: factory outlet sepanjang jalan. Bawak anak kecil memang penat sikit jadi dapat la jugak ke 3-4 factory outlet.
Strategi: satu kedai satu barang supaya tiada penyesalan!
Chihampelas: factory outlet sepanjang jalan juga. Barang tak berapa menarik sangat tapi nightlife sangat happening. Banyak kedai makan jugak. kat sini u oll boleh la beli souvenir tee shirt kat sedara mara dan kawan-kawan sebab u boleh compare harga.

3rd day
Last minit shopping kau!
Driver bawak kami ke satu rumah ni, dia kata semua barang Pasar Baru ada kat situ. ahahhaha.. entahla, tak ada yang berkenan tapi beli baju Hard Rock je kat situ.

Pasar Baru:, memang tak membeli sangat kat Pasar Baru sebab barang nya bole beli kat Serikin je nanti dan baju budak pun ada jual dan lagi cantik baju factory outlet, dan GM Klang. Kami berjaya jumpa kasut edition lama Dr Marten kat situ. 

Jalan Riao, Oh mai! Masa tu teringat yang dulu tour bawak ke Jalan Riau. Situ banyak sikit handbag yang Gred AAA dan nampak original. Malangnya sebab hujan dan susah nak ke satu kedai yang lain, dapat la rembat beberapa baju kat situ. Next time ke Jalan Riau lama sikit!!

Kartika Sari: dah macam zone perang bila semua macam merebut kueh kat situ.huhuhu..dengan aku aku sekali macam orang sakai! hehehe..

Rumah Mode lagi sebab duit Rupiah ku masih banyak..

4th day
Flight kami Subuh betul. Tak berapa puas nak berjalan tapi tak pe, it wont be our last trip!

Next time, nak ke Kawah Putih, Cibaduyut dan tengok angklung play pula dan mungkin ke Jakarta juge.

Tempat makan
Mungkin disebabkan driver kami ni memang bawak tour kan, tempat makan dia bawak memang restaurant ler, harga pun memang restaurant ler. Jadi anda kalau dapat driver begini yang anda kata bawak kami makan, bersedia lah RM20 sekepala sekali makan.

Kenapa trip ni saya pasang strategi?
Sebab kami bawak duit cukup-cukup yang dah siap tukar ke IDR. Tak perlu nak bawak duit RM banyak2 dan tukar kat sana. Lagipun macam saya cakap ada barang u boleh jer beli kat Malaysia. Target beli factory outlet dan banyak rare dekat sini.

Terima kasih!!

Mungkin tahun depan ke sini lagi, InsyaAllah dan Alhamdulillah!
Tengah memberontak. Ambil gambar utk hentikan guling2
Sini ada air ais juga. tetapi tidak dikisar (Rumah Mode)
Rumah Mode Factory Outlet
Sedapnya minum teh botol (Paris Van Java)
Lunch saya (Paris Van Java)


Interior of the hotel

Interior of the hotel

Ciater Hot Spring, Rumah hantu
Beginilah rupa otak-otak nya

Makan!!
Sosej ayam
Otak otak mereka: ikan tenggiri
Bergambar bersama musangnya
Kopi Luwak, penjemuran
Ciater Hot Spring

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T

Company Annual Dinner: Rock and Roll Theme (50's)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum.. Minggu lepas Jumaat, company buat annual dinner sebaik sahaja dapat bonus. Huhuhu..bagus betul strateginya. Tahun lepas, lepas gaji. hehehe.. Kali ni Lisa tak da cerita banyak, biarlah gambar berbicara. Sebab sis struggle nak cari baju untuk tema kali ini. Sis bukan fashionista and not very good in mix and match. Tapi its okay, kawan Lisa ada yang fashionista, she did it very well. Tema tahun ini: Rock and Roll in 50's Kalau kita google: Pada hari tersebut Perbualan Lisa dengan big boss masa terserempak kat lift: Big Boss: Is this your definition of rock and roll. Me: I guess so. Big Boss: I thought the rock and roll theme is something in Saloma and P Ramlee time. Me: That time most of it sexy sexy boss, quite hard la to follow the theme.. Big Boss: Yalor2.  Then Big boss kena panggil untuk daftar..  Kesimpulan Lisa nak cakap, tema nie memang susah sikit nak cari baju yang comply sharia

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k