Skip to main content

Belajar untuk tukar pandangan

Bismilahirahmanirahim..

Agak lama tak menulis tentang LOA, kali ini I sambung ya. I cuba tulis lebih santai na. I cuba I cuba..huahuhaua.

Sepanjang 'berehat' daripada menulis ini, tak ada lah saya terus bercuti daripada membaca. Reading is my passion. How I wish I own a book store and lots of books that I can share even that I would not read all of it! pray for me!

Ada satu buku ni saya baca, salah satu isinya sangat menarik. Ia menceritakan bagaimana setiap orang ada persepsi sendiri terhadap satu kejadian/perkara yang sama. Cara anda melihat dan membuat sesuatu kesimpulan terhadap kejadian itu, menunjukkan apa ada dalam hati anda. Maksud di sini, dalam bentuk cerita, kawan anda post gambar di IG dia sekarang menikmati makanan di satu kafe di KL - daripada sudut positif anda selepas melihat gambar itu anda akan kata macam menarik kedai ini, boleh cuba ni. Daripada sudut negatif pula, tak habis-habis makan tempat mewah nanti hujung bulan bising cakap tak de duit.

Nampak tak di sini, nampak tak kita macam tak adil, ini kadang-kadang disebabkan

  • kita tidak suka terhadap orang itu atau 
  • anda sudah lama tidak makan tempat macam tu atau
  • anda tidak pernah makan tempat macam tu atau
  • tanya diri anda.
korek selagi yang bole mengapa anda bersifat negatif terhadap gambar itu, usahlah kita mempertahankan diri kita dengan berkata 'aku tahu sangat perangai dia tu, memang dia suka menunjuk' tapi kita tidak tahu hati sebenar dia. Jadi cubalah kita belajar fine tune ke arah positif. Ini saya cuba buat sekarang kerana setiap kita tidak sempurna.

Apa kaitannya pulak di sini?
Jiwa yang negatif adalah sesuatu yang tidak bahagia. Anda tidak akan happy sebanyak anda sedih. Anda akan lebih kerap mengadu, menceritakan kesengsaraan anda, menangis dan memikirkan masalah anda. Itu lah kesan jika kita kerap melihat sesuatu perkara dengan negatif.

Apabila anda melihat sesuatu perkara itu menjadi positif. Anda akan cuba selesaikan masalah anda, lebih bersyukur setiap perkara yang sebenarnya lebih banyak berlaku kepada diri anda. 

Contoh ya, yes apabila saya kurang sehat energy negatif saya mampu menolak positif sehingga saya akan melenting. Biasanya si kecil AS lah yang menjadi mangsa, maaf mak ya. Malam semalam AS tak nak tidur selepas dia sedar daripada tidur di ruang tamu. Apabila dia di atas, mula lah badan dia gatal-gatal, kalau dah gatal-gatal tu memang dia tak kan sambung tidur lah jawabnya. Suami ada kerja nak buat, dalam hati dia tidurlah anakku, dia ingin siapkan kerja nya dengan cepat. Biasalah lagi kita nak cepat, lagi lah anak kita tak ni tak nak tu. Sudahnya saya termarah AS. Dalam hati nak cakap, AS tak nak tidur lagi bawaklah turun. Tetapi dalam diam kesian suami, nak layan AS, tak siap lah kerja. Pada masa itu, syukur banyak-banyak suami dapat layan AS tengok tv, mak nya sambung rest aka tidur. Dengan harapan, suami dapat siap kerja. Lantaklah suami nak fikir apa kan, daripada saya termelenting dapat dosa, lepas tu dengan AS meragam suami pun naik darah, kejadian selesai. 

Please saya nak remind, dont judge me. We have our days that we felt to scream at people.

Jadi di sini ada beberapa poin yang boleh saya kaitkan dengan harapan adalah satu kuasa yang kuat untuk menarik perkara kepada kita. Fikir apa yang anda inginkan bukan fikir apa yang anda tak nak. 

Contoh lagi dalam cerita saya tadi, saya tidak sehat, saya tak nak anak saya menangis ketika saya sedang rehat kerana lagi lah kepala saya pening. Apa jadi? Anak saya makin kuat menangis dan kepala saya jadi makin pening dan serabut. Anda masih tidak faham? kerana end result saya kat situ adalah kepala pening, itu adalah kononnya harapan saya. Jadi si anak pun lagi kuat menangis. 

Okay done for today. Kalau awak tak percaya, I am okay with it, I am just sharing

Thank you.

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T

Company Annual Dinner: Rock and Roll Theme (50's)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum.. Minggu lepas Jumaat, company buat annual dinner sebaik sahaja dapat bonus. Huhuhu..bagus betul strateginya. Tahun lepas, lepas gaji. hehehe.. Kali ni Lisa tak da cerita banyak, biarlah gambar berbicara. Sebab sis struggle nak cari baju untuk tema kali ini. Sis bukan fashionista and not very good in mix and match. Tapi its okay, kawan Lisa ada yang fashionista, she did it very well. Tema tahun ini: Rock and Roll in 50's Kalau kita google: Pada hari tersebut Perbualan Lisa dengan big boss masa terserempak kat lift: Big Boss: Is this your definition of rock and roll. Me: I guess so. Big Boss: I thought the rock and roll theme is something in Saloma and P Ramlee time. Me: That time most of it sexy sexy boss, quite hard la to follow the theme.. Big Boss: Yalor2.  Then Big boss kena panggil untuk daftar..  Kesimpulan Lisa nak cakap, tema nie memang susah sikit nak cari baju yang comply sharia

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k