Skip to main content

Catatan 5 hari di PPUM

Bismillahirahmanirahim.

Blog yg lepas saya cerita saya admit ward sebab bleeding and contraction kan. 5 hari duk spital. memang agak bosan dengan tidak ada TV and so on. Jadi apa saya buat? Paksa husband bawak novel daripada rumah, hp dan tafsir.

  • novel - ada novel baru pinjam (culik) dari kakak tak abiz baca, boleh la smbung baca. dapat habis kan. jadi mintak suami bawak n beli novel lain pula.
  • hp - online social media. hahaha..sbb data tak renew lagi. utk whatapps je lah.. lagipun nk fb je memanjang busan juga
  • tafsir - banyak benda bole baca drpd tafisr nie.. mnjawab duka lara di hati..huhuh..
Back to the title. Memang menarik duk 5 hari 5 malam kat sini. Asal malam je, ku tak lena.. sila baca:

19/11/15
Satu hari di labour ward, akhirnya doc suruh masuk antenatal ward tuk further observation. Incase terberanak dapat la drg tolak bawah terus. Aku pun tidur lah..tengah-tengah sedap tidur, ku dengar suara mengerang kesakitan, padahal dalam mamai sebelum tu aku ada dengar air ketuban nya dah pecah tapi ku tidur balik. Yang mengerang sakit contraction tu depan katil ku sahaja, jadi ku tanya :'awak okay?' dia jawan:'tak okay'. Ku suruh dia tekan butang emergency tu  sbb tak tahu dia dah tekan ke belum, lps tu ku suruh dia tarik nafas bagu kurang kan sakit contraction, kemudian ku tanya lagi nie anak ke berapa (sbb npe dia macam tak tahu nak buat apa), anak ke2 jawabnya. Tiba-tiba nurse masuk, terus jerit, nak keluar dah.. tahan puan, tahan puan.. kita tolak puan turun..end of my first night.

20/11/15
Doc datang check cakap takleh balik takut terberanak stay 1 hari lagi, ku menangis sbb mengenangkan anak di rumah. Rupanya katil sebelah ada orang. tak perasan malam tu, aku tak tidur seorang rupanya.
Masuk lagi 2 pesakit, seorang chinese, seorang melayu. Bilik kami dah penuh.
Katil sebelah - placenta previa, dia masih dalam 20week++, doc cakap ada peluang naik balik. Hari keempat dia, doc bagi discaj nanti follow up balik.
Katil depan - chinese lady yang occupied pulak. tak lama lagi tarikh due die. Ada brown stain katanya, contraction sikit je, bukaan 1cm. Risau sebab tak beranak lagi, EDD beberapa hari lagi.
Katil sebelah cina - melayu, dia appointment selasa depan nya untuk ceaser, dia masuk sebab bleeding jugak, masuk utk observation, jalan tak bukak lagi. kalau tak silap, ada contraction jugak.
Malam takleh nak tido sbb nurse datang amik bp and check heart beat bby. end of my 2nd night

21/11/15
Doc datang check, sbb hari sebelum tu doc yg cek ckp keep patients, dia pun nak aku keep lagi satu hari. 
Katil depan doc check bukaan masih 1cm, dia suruh balik je. Gelabah dia, dia nak induce lah, macam2 supaya dapat beranak cepat sikit. Kes nya dia jadi stress family semua tanya n call dah beranak ke belum. Ku nasihat kan ko pergi la jalan-jalan shopping dan makan ape benda ko nak. kang dah beranak semua takleh makan..G jalan-jalan spy bukaan bukak..anak first, cucu first, semua excited. dia jadi stress sampai mintak induce, contraction pun tak kerap sgt.
Akak sebelah dia pun cakap benda yang sama. Akak takleh discaj lagi sbb ada contraction.
Malam tu plak, tak tahu apa cerita, yg ku tahu akak tu dah kena tolak g LR kat tingkat bawah.
Memang aku akan sedar sbb nurse dtg cek bp dgn heartbeat bby. 3rd night ended.

22/11/15
Pagi tu aku bangun, ku tanya nurse, akak tu dah beranak ke? aah die cakap, tgh mlm dah tolak dah masuk LR. Doc datang cek, terus tanya soalan nape masuk n semua, terus die cakap, awak takleh balik lagi, ku cakap, doc semalam cakap dah bole balik. dia cakap, dia ada kes semalam macam aku, perempuan tu leaking air ketuban, terus emergency ceaser. lagipun dah ada bukaan, bukaan kecil je pun bole memudahkan baby keluar sbb baby kecik. Ku menangis kat doc sbb risau dgn si tecik. doc pujuk yg dalam perut pun sayang kan? atlist die keluar die dapat bantuan. die nak arrange serviks scan sbb dia tak nak seluk dah takut lagi induce bukaan secara natural, nak tgk keadaan di bawah tu. takleh buat haritu sebab tempat scan tak kerja sabtu ahad.
Hari ahad yang lengang itu, sgt senyap. dengan seorang shj kat wad tu. ku hadap juga. end of my malam keempat.

23/11/15
Doc yg paling besar dtg. Dia suruh houseman cek ventilator seluruh selangor ade tak. kalau boleh dia nak transfer out, sbb bby mmg perlu terus letak dalam tu sebaik shj terus keluar. bukan menghalau, ventilator dah habis, tapi kena tgk dulu keputusan scan.
Akhirnya bilikku penuh juga aritu, sebelah katil india, depan ku dari shah alam duk kt s6, muda setahun, yakin dia panggil aku ADIK!. hahaha..sebelah dia india mmg asal dari india.
Sebelah katil: dah terlepas EDD, contraction ada, bukaan baru 2cm, tak ingat dia masuk sbb apa. nie pun stress sbb bukaan tak bukak lagi dan lagi. tp contraction die sakit sgt katanya. macam-macam idea jugak lah dia kluar, smpi nak pecah kan air ketuban..huhuhuh..pening kepala ku..byk kerisauan nye. Ku cakap jgn risau sgt, kang tak nak bukak2 bawah tu.
Katil depan, aku pun tak ingat, adik ni duk kat s6 je, anak ke2, die ckp die ada contraction tu je aku ingat. dah tepu otak duk lama sgt kat spital, sgt friendly, rajin duk kat katil aku borak2. 
katil sebelah dia, mmg asal india, kena ckp english kat dia, sempat lagi interview pasal negara die. dia masuk sbb dia rasa bby dia kurang aktif. Die pun datang cek, terus kena masuk ward.
Kan ku tunggu masa nak scan, tak dipanggil-panggil, ku tanya nurse, nurse cakap tunggu call dr bawah. ku tanya lagi petangnya, nurse tak de bagi feedback, entah dia ingat tak. nasib baik housemen datang cek 3 org yang baru masuk. ku cakap aku masih tak scan lagi. die pun tolong follow up.. Oh mai, yg duk kat office bawah langsung tak cakap die nak doc ada sekali masa scan takut apa2 terjadi masa scan, and suruh datang sebelum 4.30ptg..oh mai..nape kau tak cakap awal!!! ku dah agak yg keje office hour nie cenggini.. nsb baik firasat ku kata, kena cakap nie dgn doc kalau tak ade kena tunggu esok. mmg housemen tu terus tolak aku turun dgn bengang dgn staff kat bawah smbil ckp kat aku, ventilator masih tak available satu selangor. huahuahua..
Malam tu, adik depan aku pulak yang nak beranak. part paling best, masa tu tgh cek bp dan heart beat baby. Nurse tanya awak okay tak. Dia tgh tahan kesakitan (contraction menyerang), sebelum tu keadaan mamai jugak, aku ada dengar doc ade datang cek bukaan yg sebelah dan depan. Aku tahu apa jadi, nurse dah gelabah, dia jerit-jerit panggil nurse lain cari doc tuk cek keadaan die. Doc datang cek, yang paling last aku denga, kita kena tolak dah nie. end of my fifth night

24/11/15
Keputusan scan, actually hari sebelum tu doc lain dah review tp kena tunggu head team dulu. So head team datang cek, cakap bole balik. Sebelum ada MO lain dtg cek ckp bole balik, nak beranak mana nie, takkan nak cakap hospital shah alam kan, kang masa terdekat nak beranak nak pergi mana? Nak buat kerja gila g PPUM balik. Doc suruh pilih, ku pilih jer la PPUM. So doc ckp nak jumpa lagi 4 minggu. Head team datang, u bole balik je lah, tapi nk jumpa 2 minggu..last last dapat appointment 4minggu lagi. Jadi boleh balik dah=)

Apa yang saya  bole simpulkan, tak semestinya awak dah ada pengalaman anak pertama utk beranak, awak dah expert. Jadi, jangan letak harapan yang tinggi.

Terima kasih sebab baca ya. Panjang pulak

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k

Company Annual Dinner: Rock and Roll Theme (50's)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum.. Minggu lepas Jumaat, company buat annual dinner sebaik sahaja dapat bonus. Huhuhu..bagus betul strateginya. Tahun lepas, lepas gaji. hehehe.. Kali ni Lisa tak da cerita banyak, biarlah gambar berbicara. Sebab sis struggle nak cari baju untuk tema kali ini. Sis bukan fashionista and not very good in mix and match. Tapi its okay, kawan Lisa ada yang fashionista, she did it very well. Tema tahun ini: Rock and Roll in 50's Kalau kita google: Pada hari tersebut Perbualan Lisa dengan big boss masa terserempak kat lift: Big Boss: Is this your definition of rock and roll. Me: I guess so. Big Boss: I thought the rock and roll theme is something in Saloma and P Ramlee time. Me: That time most of it sexy sexy boss, quite hard la to follow the theme.. Big Boss: Yalor2.  Then Big boss kena panggil untuk daftar..  Kesimpulan Lisa nak cakap, tema nie memang susah sikit nak cari baju yang comply sharia