Assalamualaikum,
Pada hari Jumaat lepas, atas urusan pejabat, Lisa pergi TNB Taipan. Sesungguhnya, area Taipan adalah area yang susah nak dapat parking. Jadi, Lisa pun parked kereta kat belakang back lane TNB Taipan, walaupun Allah SWT dah bagi hint yang pegawai MPSJ tengah clamping kereta. Hatiku berkata, alat clamping tak banyak ni, sempat nie settle kat TNB.
Tidak ku sangka dalam satu jam juga urusan di TNB, apabila Lisa keluar. Kereta ku dah tiada. Argh sudah! kereta kena tarik ni. Tanya abang yang buat kasut pun cakap macam tu. Lisa pun telefon husband, mintak husband datang tapi tak mengharap sebab masa tu dah nak masuk waktu solat Jumaat. Lisa pun call MPSJ, nasib baik angkat, dorang kata kena pergi depoh tunda carik sendiri. OH MAI! Sangkut kat Taipan, tak tahu nak buat apa, malas nak susahkan orang. Tetapi terpaksa jugak call kawan Lisa mai amik.
Dalam hati Lisa, walaupun senyum dan gelak gelak. Mempersoalkan, Ya Allah, kenapa aku ya Allah, kenapa aku diduga begini Ya Allah, dah la gaji belom masuk, mana nak amik duit, huhuhu, nak nangis dah masa tu. Tapi Lisa usaha gak nak call tanya betul ka kereta ku kena tarik? tak nak susahkan suami or kawan yang tolong bawak tapi rupanya kereta kena curik ke apa..
Dipendekkan cerita, memang kereta kena tarik. Sebab cek online, kereta kena kompoun tapi tak tulis kena tarik. Haritu hujan lebat, suami takdapat datang, mintak tolong kawan kita bawak. Ya Allah, memang rasa bersalah sebab susahkan member, tapi bersyukur sebab dia nak tolong. Memang kereta Lisa kat depoh tunda Subang Jaya. Peringatan untuk you all, dorang tak accept credit card, CASH only.
Petang tu balik kerja, dengar radio IKIM (usrah nurani). Suka sgt denga drg buat sharing and dengar kata kata dr Ustaz Zul Ramli. Topik yang dibincangkan memang mengena kat Lisa. Apabila Lisa diuji oleh Allah, diuji dengan material, aku mempersoalkan padahal segala ibadah dan amal kebajikan dah buat. Tapi Lisa tak nampak apa yang tengah Allah dan bagitahu. Apabila dengar usrah tu, Allah datangkan sahabat, Allah datangkan pertolongan, Allah datangkan rezeki (gaji masuk awal). Malu giler dgn Allah swt. Allah bagi jawapan kenapa aku ditimpa ujian sebegitu.
Sabar tika diuji, ucap alhamdulillah tika diuji. Sesungguhnya, kita memang mudah goyah ketika diuji. Bagaimana kita bole capai tahap macam tu?
Terima kasih

Macam mane nak check kereta kena tarik dengan mpsj ye ?
ReplyDeletecuba cek dulu kat website die.. kalau ada maklumat saman tu, ye la tu..
Deletecall depoh dia pun boleh. kat balai polis pun bole jugak