Skip to main content

KUCHING OUTING: MATANG WILDLIFE CENTER

Assalamualaikum..

Kali ini, Lisa nak perkenalkan salah satu tempat yang boleh awak pergi kalau jalan jalan di Kuching. Tempat ni actually hampir dilupai kerana kurangnya marketing tempat ni. Tempat apa? Matang Wildlife Center di Telaga Air.

Matang Wildlife Center

                                            

Lisa dah lama tahu tempat ni, tapi dah tak ingat. Apabila ada kawan daripada semenanjung cakap dia datang tengok orang uta, baru teringat tempat ni. Tempat ni best sebab dia ada tempat mandi sekali, terletak paling atas dan air sungai nya paling bersih. Jadi, terbaik (dengan nada boboi boy)..hahahahahha

Sambil sambil mandi bole buat BBQ, tapi masa Lisa pergi ni, hujan jadi tak pergi area sungai. Tempat ni tengah buat upgrading works. Lisa harap dorang akan buat promo dengan lebih kencang lagi. Lagipun Family Park pun macam tak terjaga. Kesian nya... 

Apa ada kat sini?
Sambil-sambil treking yang tak seberapa, awak boleh tengok binatang. Tarikan utama adalah orang utan. Di sini takyah risau orang utan sembunyi ke apa, memang boleh tengok. Sekali sekala melihat ciptaan Allah swt, tak salahkan? takkan la tengok dari gambar je. Bawak anak-anak tengok semula jadi. Jangan asyik tengok bangunan konkrit. 

Masuk sini memang kena bayar. Awak kena ingat, dorang ni pun kena maintain. Kalau awak nak anak cucu dan masa depan boleh tengok drg lagi. Niat la sedekah dengan bayar tiket masuk.





Terima kasih =)



Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum,

Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia.
Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia?
Sebab Iphone keluar situ Indonesia.

Lisa pun angkat lah.

Kenapa Lisa angkat?
Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah.

Perbualan Lisa dan Si Pemanggil:

Si Pemanggil: Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan?

Lisa: Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut.

Si Pemanggil: Emel?

Lisa: Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply.

Si Pemanggil: Sekejap ya puan, saya cek..

Talian terus terputus..

Ko rasa???

Terus Lisa tweet kat @maxislisten dan …

Enjoy some massage

Salam…
New things I want to share today are massage center. I have this habit when I’m in Kuching, whenever I sick, I will have traditional massage, but what else I can do when u stay in a stranger place. Thus the remedy is reflexology center. I’ve been visiting few massage centers in PJ – SS2. But I want to introduce u to this Thai Massage – Arokaya Traditional Thai Massage, JJ Bukit Raja, Klang.
I really want to try Thai Massage actually, coincidently, my boyfriend was sick – he got fever and I believed it caused by his new cigar flavor. But then I really have no guts to drive to SS2 today – the jam at LDP and so on. Thus last time I went to JJ Bukit Raja with Dewi and I found this place as it is quite cheaper than at Subang. Of course that I suggest to him to this place..tadaa…

What so special?

U got to experience Thai Massage.
- I asked for foot reflexology, but they also include a bit body massage.
- Man customers will get masseur, while the lady will get masseuse..…

Kuching outing: Telaga Air

Bismillahirahmanirahim..

Minggu lepas 7-9 Ogos, saya  balik Kuching sekejap sebab mertua datang jalan-jalan Kuching. Pak Su husband tengah kursus di Perlis jadi sepatutnya dia yang jadi tour guide, tidak jadi pula. Jadi kami pun balik memandangkan aritu raya tak balik Kuching.

Saya tak ikut husband Sabtu tu sebab mertua nak jalan-jalan kat Serikin. Oh Serikin kalau tak ada barang nak cari, saya memang surrender. Kebetulan keluarga saya nak pergi Telaga Air (katanya nak makan seafood - plan asal mereka sebab menantu balik Kuching), kami teruskan juga sebab ada open house pak cik abang ipar area situ..

Telaga air, kalau sebut, saya akan teringatkan kat situ ada satu tempat kursus yang tersedia pelbagai kemudahan. Kalau u olls nak ke sini, biasanya untuk cari ikan-ikan fresh kerana memang sangat dengan jeti dan boleh juga makan seafood - selain tempat macam topspot kat bandar, kampung Buntal dan Muara Tebas. Memang ceruk-ceruk lah nak makan seafood.

Kebetulan haritu nampak geng-geng man…