Skip to main content

Yoga Class untuk Azam 2018


Salah satu azam saya ialah bersenam untuk kesihatan badan. Pada awalnya, saya nak joging jer. Kononnya nak joging sekitar perumahan. Erm, risau pulak kan nanti tak istiqamah sebab nak cari masa bila nak jog? Lepas tu, macam takut pulak nak jog sorang2 kat kawasan perumahan nie. Huhuh.. Kalau nak ajak husband, anak nya kena kejut sekali sebab takde orang nak jaga.

Tengok! sampai begitu sekali benda nak fikir setakat nak bersenam.

Kemudian saya ada satu idea!
Apa kata saya daftar kelas. Seronok jugak kalau nak pegi kelas zumba. Berpeluh peluh. Saya suka peluh sampai basah satu badan.

Mula la hunting kelas zumba hanya untuk perempuan dan lokasi di Shah Alam. Sebelum hunting bersungguh, fikir pulak aduh! kena beli kasut sukan untuk berzumba..huhuhu..kena g mall nie carik..Hahaha..macam malas pulak kan nak g mall. Last-last saya rasa nak masuk kelas yoga. sebab masa tu macam stress kerja semua. Yoga nie kan macam konon-konon boleh tenang kan diri.

So hunting lah tempat yg offer zumba dengan yoga sekali. Masa tu dah discuss dengan suami, suami bagi izin dan setuju jaga anak. Jadi tak nak lebih2 saya carik yg offer kelas pada hari biasa dan di Shah Alam. Alhamdulillah, bila kita carik tu, banyak yg kita jumpa. Mula berbelah bagi nak zumba or yoga?

Dah baca tajuk besar kita kan?
Sah sah saya pilih yoga.

Sebab apa yoga?
sebab yoga tak perlu beli kasut.
Kebanyakan kelas yoga sedia kan mat.
Yoga boleh mula sekarang berbanding nak jogging or nak zumba mulalah nak carik alasan nak window shopping. hahahaha

Pilihan saya sangat tepat. Walaupun kena bayar pakej setiap bulan, atleast it drives and motivates me to go to class!

Ok, itu sahaja =)

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T

Company Annual Dinner: Rock and Roll Theme (50's)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum.. Minggu lepas Jumaat, company buat annual dinner sebaik sahaja dapat bonus. Huhuhu..bagus betul strateginya. Tahun lepas, lepas gaji. hehehe.. Kali ni Lisa tak da cerita banyak, biarlah gambar berbicara. Sebab sis struggle nak cari baju untuk tema kali ini. Sis bukan fashionista and not very good in mix and match. Tapi its okay, kawan Lisa ada yang fashionista, she did it very well. Tema tahun ini: Rock and Roll in 50's Kalau kita google: Pada hari tersebut Perbualan Lisa dengan big boss masa terserempak kat lift: Big Boss: Is this your definition of rock and roll. Me: I guess so. Big Boss: I thought the rock and roll theme is something in Saloma and P Ramlee time. Me: That time most of it sexy sexy boss, quite hard la to follow the theme.. Big Boss: Yalor2.  Then Big boss kena panggil untuk daftar..  Kesimpulan Lisa nak cakap, tema nie memang susah sikit nak cari baju yang comply sharia

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k