Skip to main content

My Father Birthday 17012020

Hari jadi ayah aku jatuh pada Jumaat lepas. 
Kebiasaannya, aku tak wish ayah aku.
Mungkin disebabkan cara kami dibesarkan, aku dan kakak kakak aku ada masalah nak mengeluarkan ayat ucapan kepada dia.
We are not used to. Tapi kami dibesarkan dengan menunjukkan dengan perbuatan kami. Sayangnya aku di Semenanjung dan ayahku di Kuching.

Jadi, write up ini aku tulis khas untuk dia. 
Apabila aku semakin membesar, topik perbualan dgn ayah tak banyak dan tak sependapat.
Sebab pemikiran dan pergaulan dah tak sama. Dan kadang-kadang timbul rasa hati, ayah dah out dated.
Tapi aku lupa, aku yang hari ini dibentuk oleh dia.

Aku boleh berdikari.
Disebabkan dia selalu biarkan kami uruskan sendiri urusan kami.
Aku suka travel.
Sebab dia selalu bawak jalan-jalan setahun sekali.
Aku boleh travel tanpa guna tour guide or tempah khas van persiaran.
Sebab dia nak jimat kos, kami pernah jalan kaki di KL dari 1 tempat ke 1 tempat.
Jadi, kadang-kadang aku nak jimat kos, kami pun jalan kaki je kalau travel or guna public transport.
Dulu, dia suka paksa aku pergi masjid. Ayah aku garang, kalau tak pergi, tinggi suara dia naik.
Tapi apabila jauh, rindu pada masjid.
Dia bawak aku pergi haji pada usia muda. Mulanya aku betul-betul rasa susah dan tak nak pergi.
Tapi sekarang rindunya dgn rumah Allah.
Ayah aku ajar kami makan macam-macam, aku antara yang picky eater dalam family. Yang pernah cuba makan and aku suka, aku makan sampai sekarang.
Ayah aku bukan orang yang high technology.
Dia akan suruh anaknya untuk buatkan untuknya.
Jadi, begitulah anaknya pandai technology.

Cukuplah untuk hari ini. Banyak lagi benda dia dah curahkan.
Cuma, kadang-kadang aku lupa dan aku jadi orang lupa daratan.
Semoga ayahku sihat sentiasa, dimurahkan rezekinya dan dipermudahkan urusannya.

Terima kasih ayahku dan Selamat Hari Jadi!




Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k

Company Annual Dinner: Rock and Roll Theme (50's)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum.. Minggu lepas Jumaat, company buat annual dinner sebaik sahaja dapat bonus. Huhuhu..bagus betul strateginya. Tahun lepas, lepas gaji. hehehe.. Kali ni Lisa tak da cerita banyak, biarlah gambar berbicara. Sebab sis struggle nak cari baju untuk tema kali ini. Sis bukan fashionista and not very good in mix and match. Tapi its okay, kawan Lisa ada yang fashionista, she did it very well. Tema tahun ini: Rock and Roll in 50's Kalau kita google: Pada hari tersebut Perbualan Lisa dengan big boss masa terserempak kat lift: Big Boss: Is this your definition of rock and roll. Me: I guess so. Big Boss: I thought the rock and roll theme is something in Saloma and P Ramlee time. Me: That time most of it sexy sexy boss, quite hard la to follow the theme.. Big Boss: Yalor2.  Then Big boss kena panggil untuk daftar..  Kesimpulan Lisa nak cakap, tema nie memang susah sikit nak cari baju yang comply sharia