Skip to main content

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2020



Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

Pada tahun ini (2020), akan menjadi memori umat Islam seluruh dunia kerana tiada tarawih di masjid, tiada bazaar ramadhan, dan tiada berbuka puasa dengan sahabat dan family sendiri bagi yang duduk jauh daripada keluarga. 

Jangan sedih, InsyaAllah ada hikmah. Sekiranya diberi kesempatan pada tahun depan. Saya akan tulis hikmah apa yang berlaku puasa kali ini.

Puasa kali ini, kita mungkin berpuasa dan beribadah dengan lebih tenang. Solat tidak terkejar kejar, bacaan Al Quran tidak terkejar-kejar. Mungkin yang boleh melakukan kerja sambil menonton TV boleh mendengar ceramah sambil buat kerja. Ambillah kesempatan ini, kerana kita sentiasa mendoakan agar Ramadhan kali ini lebib bermakna. 

Ambillah masa yang Allah swt berikan. Ambillah sebanyak masa itu untuk menghayati Ramadhan kali ini. Kita sentiasa membaca di FB, ada syarikat yang begitu baik ketika Ramadhan, membiarkan pekerja nya masuk lewat kerana bangun Qiam dan sahur. Selama ini, halangan kita untuk bangun malam disebabkan kita penat bekerja dan berpuasa, dan akhirnya kita tidak larat nak bangun malam. Kali ini, dengan kuasa Allah swt, kita tidak perlu tunggu majikan sebegitu. Kita sendiri telah diberi peluang untuk merasai sendiri ibadah yang kita impikan selama ini. Ambillah peluang ini, jangan lah melihat daripada sisi gelap (negatif), tapi ambil nafas dan rasakan setiap detik yang sedang kita alami dengan cahaya baru.

Seandainya, PKP fasa 4 ini ialah yang terakhir. Kita hanya ada 9 hari lagi untuk bekerja sebelum Syawal. Kita mungkin terlepas 10 malam terakhir kerana kita mula menggelabah untuk persediaan raya dengan membeli belah apa yang patut. Ibadah kita mungkin akan jadi kurang berkualiti berbanding fasa-fasa PKP. Mungkin kita akan rindu dengan PKP, tetapi kita tidak mahu musibah (covid-19) yang hadir itu datang kembali kerana banyak yang terkesan dari segi emosi, fizikal dan kewangan (tidak kisah yang baik dan buruk).

Oleh itu, sekiranya anda membaca entry saya kali ini, banyak kan berdoa untuk berikan kekuatan dan petunjuk kepada pemimpin kita agar urusan mereka dipermudahkan.

Terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

SCAM: Cabutan Bertuah daripada MAXIS

Asssalamualaikum, Hari ni lisa nak cerita, beberapa minggu yang lepas lisa dapat call daripada Indonesia . Macam mana Lisa tahu daripada Indonesia? Sebab Iphone keluar situ Indonesia. Lisa pun angkat lah. Kenapa Lisa angkat? Sebab Lisa pernah dapat panggilan kerja daripada Singapore tapi based di Malaysia. Jadi Lisa pun angkat lah. Perbualan Lisa dan Si Pemanggil: Si Pemanggil : Hello, Puan Fadzlisa. Saya menelefon daripada Maxis Kuala Lumpur. (aku dah pelik sebab Iphone ku keluar dan tulis no Indonesia). Maxis telah melakukan cabutan nombor telefon dan nombor puan telah dipilih. Puan berjaya memenangi RM9,000.00. Boleh saya dapatkan no akaun dan bank puan untuk kami bank in kan kepada puan? Lisa : Oh yeke? No akaun saya? Boleh tak awak emelkan kepada saya details dan saya akan reply emel tersebut. Si Pemanggil : Emel? Lisa : Iya, emel.. saya bagi emel add saya.. nanti saya reply. Si Pemanggil : Sekejap ya puan, saya cek.. Talian terus terputus.. Ko rasa??? T

Tefal Iron Problem (Troubleshoot)

Time tengah Movement Control Order (MCO) nie, mungkin ada yang settle all the outstanding work especially ironing. Sejenis aku nie, aku akan siap siap iron, so apabila nak pakai baju tu, aku ambil je terus. So, recently, aku banyak on hold iron baju sekolah anak, baju kerja and so on. So time nie lah, u olls boleh catch up all the outstanding work. Aku guna iron brand Tefal and aku recommended this brand especially this model. I've been using it for few years. Aku terjebak dengan iron nie sebab I can not afford to purchase phillips steam iron yg viral tu. Kebetulan plak Tefal buat sale kat SACC and harga dia jauh sangat murah kalau kau bandingkan dengan harga dia buat sale biasa. Model nie sangat bagus sebab permukaan dia yg tak menghangus kain kite kalau overheat , permukaan tak tercalar kalau iron button , ada  safe mode kalau kau lupa nak off, and of course steam iron! So, sekarang nie mungkin kau tertanya, apa masalah pulak yang aku cakap? Sebenarmya dah 2 k

Company Annual Dinner: Rock and Roll Theme (50's)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum.. Minggu lepas Jumaat, company buat annual dinner sebaik sahaja dapat bonus. Huhuhu..bagus betul strateginya. Tahun lepas, lepas gaji. hehehe.. Kali ni Lisa tak da cerita banyak, biarlah gambar berbicara. Sebab sis struggle nak cari baju untuk tema kali ini. Sis bukan fashionista and not very good in mix and match. Tapi its okay, kawan Lisa ada yang fashionista, she did it very well. Tema tahun ini: Rock and Roll in 50's Kalau kita google: Pada hari tersebut Perbualan Lisa dengan big boss masa terserempak kat lift: Big Boss: Is this your definition of rock and roll. Me: I guess so. Big Boss: I thought the rock and roll theme is something in Saloma and P Ramlee time. Me: That time most of it sexy sexy boss, quite hard la to follow the theme.. Big Boss: Yalor2.  Then Big boss kena panggil untuk daftar..  Kesimpulan Lisa nak cakap, tema nie memang susah sikit nak cari baju yang comply sharia